Monday, 7 May 2012

Tips Hilangkan BAD MOOD...!!!!!


 Elakkan berada di ruangan terkurung
 Untuk menenangkan perasaan "bad mood" korang perlulah mendapatkan sinar cahaya dari luar iaitu keluar dari dalam bilik atau bangunan. Elakkan berkurung di bilik kerana ia akan menambah buruk keadaan. Ini disebabkan ruang bilik atau bangunan tidak mempunyai jarak pemandangan yang jauh. Mata memainkan peranan yang penting untuk mengawal sesuatu perasaan. Oleh itu korang perlu berada diluar bangunan seperti kawasan pantai atau kawasan yang membolehkan korang melihat sesuatu yang jauh. Perasaan "bad mood" juga akan semakin jauh.

Elakkan Dari Berkhayal, lakukan sesuatu 
Jangan biarkan diri korang terus menjadi malas untuk bergerak. Lakukanlah sesuatu yang lebih berfaedah. Hidarkan dari termenung dan berkhayal kerana jika korang berkhayal, banyak masa korang mengingati semula punca "bad mood". Lakukanlah hal yang berfaedah seperti jogging, bersukan, berkaraoke & sebagainya. Pendek kata apa-apa saja perkara yang boleh membuatkan korang fokus.

Luangkan Masa Bersama Kawan 
Untuk kali ni, kawan-kawan korang diperlukan saat "bad mood". Luangkanlah masa bersama mereka & beboraklah mengenai perkara yang kelakar. Tak pun korang boleh bermain teka teki bersama mereka. Selalunya melalui cara bersosial ni mampu memberikan semangat positif dari kawan-kawan kepada diri korang agar minda korang berasa segar dari rasa ""bad mood". 

Dengar Lagu Kegemaran 
Antara cara paling efektif & mudah untuk hilangkan perasaan "bad mood" ialah mendengar lagu-lagu kegemaran. Zaman sekarang majoriti memiliki handphone yang menyokong Pemain MP3 & radio. So gunalah handphone mahal korang tu. Semasa mendengarkan lagu-lagu kegemaran korang tu, tak perlulah memikirkan hal yang lain, cukuplah korang menghayati lirik lagu tersebut kerana melalui pendengaran mampu mempengaruhi mood seseorang. 

No comments:

Post a Comment