Hukum Memakai Inai Bagi Lelaki Dan Perempuan | Dalam
masayarakat kita, pemakaian inai di tangan sering dilihat dalam
majlis-majlis besar seperti majlis perkahwinan. Ia merupakan satu
perbincangan yang berbeza pendapat di antara 4 mazhab. Walaubagaimanapun kita
akan mengambil kira hujah dan pendapat dari imam mazhab Syafie sahaja.
Menurut pendapat hambali dan syafie mengatakan pemakaian
inai ini adalah harus, inai ini boleh digunakan di mana-mana
baghagian tubuh lelaki dan perempuan. Cuma Imam Hambali tidak membenarkan
inai dibahagian kepala lelaki dan perempuan. Manakala Imam Syafie
pula, tidak membenarkan bagi lelaki menginaikan kaki dan tangan mereka kerana
menyerupai sifat perempuan. Tetapi apabila dharurat dibenarkan untuk
tujuan perubatan. Tidak dibenarkan sama sekali memakai inai bagi
perempuan yang idah iaitu (isteri bagi suami yang meninggal) tidak dibenarkan
berhias dan keluar rumah tanpa tujuan selama 4 bulan 10 hari atau 3 kali suci
dari haid.
Begitu juga pendapat dari Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan
“bahawa hukum lelaki memakai inai di kukunya adalah di antara haram
dan makruh. Ini kerana ia menyerupai perhiasaan wanita . Inai yang
digunakan untuk perubatan tidaklah mengapa(tujuan kesihatan seperti inai di ibu
jari kaki yang menghidap penyakit kuku rosak.”
Tidak dibolehkan juga kepada wanita yang memakai inai dengan
mengukirkan inainya seperti tatu sepertimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh
Ibnu Umar ra katanya: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung
rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk
pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Sahih Muslim).
Melayukini.net - Bagi lelaki tidak dibenarkan memakai inai di
kaki dan ditangan kecuali wanita, kerana menyerupai wanita. Sekiranya ada
pandangan lain yang membolehkan, maka kita sebagai Islam mestilah berhati-hati
dalam menentukan perbuatan kita, kerana dikuatiri menjadi haram.
Sumber: Ustaz Amin | Koleksi Koleksi
Agama Melayukini.net

No comments:
Post a Comment