Memakai loceng di kaki? Kebiasaanya wanita jika kita
lihat, masyarakat melayu sering memakaikan anak perempuannya dengan loceng di
kaki. Sebagai contoh bagi orang Hukum wanita Memakai Loceng Di Kaki |
Anda pernah melihatkanak-kanak kecil dewasa, lelaki atau perempuan hendaklah
menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram
seperti di tempat kerja. Bukan terletak semata-mata ke atas loceng di kaki
sahaja.
Paling utama dalam hal pemakaian kerana cara berpakaian
dapat menarik perhatian orang lain yang bukan mahram. Memakai gelang kaki bagi wanita Islam
dengan bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan
sekerja yang lain untuk berpaling melihat ke arahnya dikira bercanggah dengan
tata cara pemakaian dan pergaulan seorang wanita Muslimah dan Mukminah.
Itu sebabnya memakai loceng kaki bagi wanita dihukum
haramapabila bertujuan sedemikian dan pemakaian hiasan sedemikian perlu
dielakkan. Ini jelas apabila al-Quran menggariskan berkenaan tatacara bergaul
dan berpakaian seorang wanita Islam iaitu :
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu
supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara
kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka
kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher
bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau
bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau
saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak
bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau
hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak
keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang
aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang
yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang
beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur (24): 31)
Dalam ayat ini, kita boleh simpulkan termasuk dalam
‘menghentak kaki’ ialah memakai gelang berloceng dan memakai kasut bertumit
keras sehingga mengeluarkan bunyi.
Islam melarang perbuatan itu kerana ia menarik perhatian
orang sehingga terserlah perhiasan diri seseorang wanita. Manakala
memakai gelang kaki berloceng bagi anak-anak perempuan yang masih kecil dan
bertujuan untuk pengawasan pula adalah harus. Ia tidak termasuk dalam
larangan di atas kerana tidak bertujuan menarik perhatian lelaki dan usianya
masih kecil.
Melayukini.net - Isu ini juga sama jugalah dalam
pemakaian kasut sepatu yang mempunyai heel yang tinggi. Apabila seorang wanita berjalan
sambil menghentakkan kaki dan menghasilkan bunyi, maka terdapat lelaki yang
memandangnya, maka ia secara tidak langsung jatuh hukum haram seperti mana yang
termaktub dalam bab tabarruj. Setiap Muslim dan Muslimah hendaklah menjaga tata
cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram seperti di
tempat kerja.
Sumber: Harian Metro | Koleksi Koleksi
Agama Melayukini.net
No comments:
Post a Comment