Untuk mengetahui seseorang perempuan / lelaki itu menyukai
seseorang amatlah banyak kerana ianya terpulang kepada individu itu sendiri.
1. Dia sering membuat 'eye contact' dengan anda
kemudian tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat
tahi mata di muka anda. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman kepada
anda, itu bermakna dia merasakan anda seorang yang menarik dan ingin
menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.
.
2. Dia akan cuba mencari cara untuk berborak dengan
anda. Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya
khabar, sudah cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.
.
3. Ketika dia berborak dengan anda, dia akan nampak
gelisah dan resah. Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya
mahupun dengan jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya
menjadi merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia
memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap.
.
4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan
terhadap anda seperti menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau
mungkin juga mencubit anda dan bukannya 'body contact' dalam permainan rugbi.
Paling tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan anda.
.
5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia akan
kata, "adalah ..." sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga
dia akan buat anda cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular
di tempat anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi anda.
.
6. Dia juga akan bertanya siapa yang anda suka dengan
perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu sikit demi
sedikit kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi sesetengah
perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan senyuman
palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.
.
7. Ketika anda dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia
akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.
.
8. Si dia akan mengharapkan anda untuk mengajaknya
keluar dengan mengulang perkataan "bosannye ....." atau mungkin
bertanya tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak untuk
mengajak anda keluar, dia akan menggunakan perkataan "saya belanja".
.
9. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. Dia tahu
tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan
mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia akan
selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia ialah seorang
'stalker'!
.
10. Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada
kawan-kawannya bahawa dia sering bercerita tentang anda, sehinggakan
membuat kawan dia loya, itu bermakna dia amat-amat memuja anda.
.
11. Dia akan cuba untuk sentiasa bersama anda. Dia akan
cuba menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi peneman ketika anda susah mahupun
senang. Dia akan cuba untuk menelefon anda atau sekurang-kurangnya sms anda.
Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang
tidak kena padanya.
No comments:
Post a Comment