BAHAN-BAHAN:
~ 3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
~ 275 gm tepung gandum
~ 200 gm gula halus
~ 150 ml susu segar
~ 1 sudu makan baking powder
~ 1 sudu kecil ovalette
~ 1 sudu kecil esen vanilla
~ Filling (inti) blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
~ Pewarna
**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel. Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
CARANYA:
1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas itu, barulah campur bahan2 lain seperti susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla. Mix lagi dengan kelajuan minimun selama 6 – 8 minit ataupun sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya.
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10 minit.
N0TA:
-Pastikan air kukusan dipanaskan terlebih dahulu sehingga mendidih
-Api kukusan jangan terlalu kuat nanti permukaan apam akan pecah.=)
SEIMBAS LALU...JOM...LAYANNNNNN....
~ Nie la bahan2 yang telah di Mix tadi.
~ Putarkan dengan kelajuan sederhana dalam 8 minit.
~ Bahagikan kepada beberapa bahagian & letakkan pewarna.
~ Masukkan dalam pingping beg @ tempat sos plastic
~ Masukkan 1/2 sahaja daripada bekas adunan tu.
~ Masukkan intinya dan penuhkan lagi bancuhan kedalam bekas adunan.
~ Kemudian dot-dotkan mengikut corak yang anda suka.
~ Kukus selama 10 minit...dan lihatlah hasilnya....
NYAM..NYAM...
~Selamat Mencuba~
No comments:
Post a Comment