Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya.
Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga
gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta
bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia,
paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati
setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai,
mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.
Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta
yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi
dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta
adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA
mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang
ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan
tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di
dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya
tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas
oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi,
tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun
janganletakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu
payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan
dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah
orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau
berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau
akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita
gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak
sudah
No comments:
Post a Comment