Saturday, 28 April 2012

SeLaMaT TiNggaL SeM 1

Diploma In Quantity Survey...Fuhhhhh dengar pown da menggeletar lutut...Cabut Skru2 lutut..hahahaha..pape pown cuba dulu la..mana tahu ok kan...Pesanan mak ayah sentiasa terpahat dihati...Agak susah liku2 yang ditempuhi selama agak-agak dalam 4 bulan sebagai studnt UiTM dengan kos maut yang mencabar...hehehehe..Mula-mula belajar x dinafikan memang rasa down sngat2 smpai nak quit..last2 fikir pengorbanan mak ayah nak tengok anak berjaya..tak pelah..kuatkan semangat,.cuba belajar betul2...Memang hari2 menitis air mata sebab rasa macam x boleh nak bawak kos 2..


Muka Macam Ni Lah Hari2..Sedih Jew..
Tapi bila fikir balik baik teruskan daripada kita rugi kemudian hari..Apa pown cuba jelah...
Setelah penat lelah belajar dalam beberapa bulan..Haaaaaaa tiba masanya!!!!!!


Gila la...memang menggetar lutut..Macam2 dalam fikiran...

MAMPUKAH AKU??
ADAKAH AKU BOLEH LALUI SEMUA NIE??
APA YANG HARUS AKU LAKUKAN???
OH TIDAKKKKKKK...

Walau apa pown yang berlaku ia tetap datang jugak.."Hang Suka Ka,Hang Tak suka Ka,Hang Kena Suka"..Lalui dengan hati yang terbuka..3 minggu exam,..alhamdulillah...insyaallah ok...










 Yang Penting doa Berterusan

Bila dah habis exam...YAHOOOOOOOO...Seronok la nak balik rumah..rindu kowt kat family...


Time nak tnggu result pulak..Menggetar lagi lutut..hahahaha..Sampai termimpi2...


Takot kowt...
Dalam fikiran..------>>>>
LULUS KE TAK???
TAKOTNYA KALAU KENA RPEAT..


HURMM...menghitung hari...Menunggu 27.04.2012..Hari yang menentukan segalanya..=(


Macam2 post kat fb, twitter...smua nak cakap pasal RESULT...Tambah berdebar lagi la...huhuhuhu..

BILA DAH TIBA MASANYA.....

Yeahhhhhhhhhh,...alhamdulillah...selamat tinggal sem 1..selamat datang sem 2..Akhirnya bersyukur sangat2 x de rpeat..pointer pown ok la...=)..Yang penting usaha lagi walaupun sedikit kecewa dengan..(bersambung..)


Sunday, 22 April 2012

Al-Kisah Pemborong/ Peruncit Yang sombong

Pagi tadi pas balik dari joging terasa rajin pulak nak ikut mak ngan ayah pegi pasar..hahaha..sebelum nit memang malas la nak pegi pasar..bukan apa rimas tengok orang ramai2 tu...Hiyaaaa...entah apa mimpi hari nit rajin pulak nak ikot..pas dah pegi pasar singgah kedai Segar baris kedai dobi 2...mak memang suka beli ayam kat situ berbanding kat pasar sebab harganya murah, kat pasar mahal ciket....Pas da beli2 tu balik la...sebelum balik isi perut dulu..singgah sarapan pagi kat kedai Cik Inn..Ala warung sebelah sekolah SMKTIWA 2...Roti canai kat situ memang terbaik la...hehehehe...Kenyang perut suka hati, n pulang umah la..mak lupa nak beli minyak masak tadi..so ayah singgah la kat kedai ny..mak ayah malas nak turun g kdai 2 so suruh la aq pegi..
(Masuk kedai 2 smbil senyum kat sowang makcik)..aq pusing2 dalam kedai 2 cari minyak masak..last2 jumpa kat blkang..tapi x nampak pun minyak masak,..yang ad minyak jagung,mazola....n then aq tanya la kat pekeja kat situ..

Aku : Aunty, minyak masak ada x????
Peruncit 1 : Ada tapi dalam botol 1 kilo ada..
Aku : Dalam paket x de ke aunty??
Peruncit 1 : (....aku x paham bahasa tamil dia....)dia cakap ngan peruncit 2..
Peruncit 2 : Nanti ya..

dengan mood sabar aq tunggu la..dia g melayan pelanggan yg lain..ok xpe aq tetap tunggu sampai aq da bosan tercegat cam tiang jew..aq tanya balik kat peruncit 2 tu..

Aku : ad ke tak????
Peruncit 2 : u tanya la cashier..(muka sombong)

Buat aq ilag sabar..aq tunggu dia wat x taw jew..

Aku : aunty minyak masak packet ad tak???
Cashier : u tengok sendiri kat belakang 2..Cari sendiri..(muka sombong,nada suara yang menyakitkan hati)

Masalah nya aq da pegi cari...2 bukan kedai bapak aq mana la aq taw bnde 2 ada lagi or x..2 pasai aq tanya...dengan pekeja yang x berbudi bahasanya..susah la kalu semua kedai kat malaysia ny ada pekeja perangai bongkak n sombong cm 2...Haiya..cam ny kew cara layan pelanggan..bankup la jawabnya..dengan muka sombong x reti nak layan pelanggan...memang dari dulu aq x suka nak pegi kedai 2..kalo nak topup aq kena datang kali ke 2 kat kedai 2 baru dia nak masukkan..tahu la kita lain agama,bangsa...tapi kita satu malaysia..hormat la sikit owang..pikir u all 2 da tua jew..klo x memang kena sembur la..da la sombong...

Selamat Kredit Kuh



Haish...tak puas hati dengan kdit celcom...Habis kdit dilesapnya..Engat aku cop duit kew...Sekali dua hilang boley tahan lagi la..Lepas 2 da kerap sangat hilang...Hai memeng nak rasa makan TAPAK KASUT la jwabnya..hahahahaha...so cepat2 ambil tidakan sebab duit ku habis disebabkan topup celcom..tak sempat nak guna kau da lesapkan kredit kuh..haiyaaaa...untungla dy owang kalau macam nih...aku yang merana..hahahaha..Topup Rm10 tinggal Rm5..Topup Rm5 ha paham2 la ye tinggal berapa...nasib baik la ada orang baik hati mau tolong..tolong saja bukan along..hahaha...dia suruh "call 1111 n ambil smpai perkhidmatan pelanggan..free jew la..x kena duit..betul..". Dengan itu cuba jelah..memang aku cakap dengan mesin..hahaha..tak de la...uncle celcom 2 malam2 pown keja..apa la..hahaha...11.59 pm aku call celcom 2..Mula la aku cerita panjang lebar kat uncle 2..(.....macam2 aku cakap......)hahaha..n last2 uncle 2 cakap..cik ad terima service luar celcom yang dikenakan cas,..terdiam seketika..masa bila pulak aku terima service pape..aku pown jarang guna no celcom ny..uncle 2 ckap lagi kalau nak batalkan taip STOP ALL dan cik send 39980..tapi kalau lepas nit kredit kena tarik juga call kami balik..lega sikit dngar..hope pas ny ok la..

PELIK..aku x masuk service pape pown..apa ke jadahnya..haiyaaaa.......

Saturday, 21 April 2012

JaLaN2 sUKa HaTi


Tunggu Aen janji kui 10.59am...
Tapi 11.15am tak nampak bayang...hehehehehe
Last2 pegi turut kat umah dy..
Bertembung kat simpang...
Ina asyik call sebab kite owang tak smpai2 kat umah dy..
Pas semua da get ready apa lagi merempit la..hahahaha..
Merempit smpai AEON...
Parking motor..
Pegi kat locker nak simpan helmet..
Ape ke pelik nye la..hahaha..
Amek token n simpan helmet dlm locker dapat free kunci..hehehehe
Mula lah perjalanan kami..
First2 tuju tmpat mainan..hahahahaha..
Macam budak2 ciket..
Snap pic sana sini..
Pak Guard x puas hati..hahahah..
Pusing satu AEON...
Besar jugak ek..
Main lif turun naik..hahahaha
Aen da pening lalat gara2 naik lif..
Sesat dibuatnya..
Ikut cakap aunty cina 2...
Nak balik singgah Secret Recipe...
Lunch kat Tesco...
Pakat mencari MEE SIZZLING..
Sedap...Nyam..Nyam..Nyam..
Karok jap la..hahaha..smbil mkan kek..
Amik sejam la amoi..RM25
Bilik besar yang ujung 2 ek..
bilik no 17..hahahaha
Tira goyang inuh yuk..hahahaha
Da puas habiskan duit balik la...
Dalam perjalanan 2 terserempak dengan ular...
Aen boley tanya ular betul or tipu 2..hahahah
Dah nampak2 ular 2 bergerak..geli d0h..hahaha
Nak balik singgah KTM..
Bajet cam nak naik jew..hahahah
Padahal teman Ina beli tiket...
Hari hujan rintik2...
Sampai la Rumahku Syurgaku
Penat seharian berjalan...
Hari yang menyeronokkan...
Thanks korang...lurve uols..=)

Berehat sebentar...

Fokus 2..

Mulakan Permainan...

Sakit tangan bergendang

Yang ny pown jadi la..

kek sedap..=) i like..

teddy ku syg....

Thursday, 12 April 2012

Bakti Anak Terhadap Ibu Bapa


Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.



3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.


10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.


Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Perjalanan Hidup (Sayang Mak & Ayah)

9 bulan kita dibesarkan dalam perut ibu yang melahirkan kita. Dari peringkat NUTFAH iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan sehinggalah peringkat terakhir iaitu NAFKHUR-ROH apabila roh ditiupkan kedalam jasad yang sedang berkembang. Keperitan ibu yang melahirkan kita tidak tertanggung rasanya. Hanya seorang insan yang bergelar ibu tahu akan kesakitan yang dialami semasa ingin melahirkan seorang anak yang akan memberi harapan besar suatu hari nanti.


Apabila kita sudah dilahirkan, kasih sayang yang tidak terhingga dicurahkan oleh kedua ibu bapa kita. Mereka sanggup tidak makan asalkan anak mereka kenyang, mereka sanggup bekerja susah asalkan anak mereka hidup senang, mereka sanggup buat apa sahaja demi mencapai kebahagiaan untuk anak mereka. Pengorbanan dan jasa ibu bapa kita tidak ternilai dan tidak tebalas. Semasa kita kecil ditimag, disayang, dicium dan sebagainya. Anak adalah harta paling berharga bagi mereka.


Bila kita sudah meningkat membesar, pelajaran yang secukupnya diberikan kepada kita. Setiap pagi ibu sanggup bangun awal menyediakan sarapan untuk kita ke sekolah. Ayah pula menghantar ke sekolah tiap-tiap hari tanpa jemu untuk melihat kejayaan anak mereka dan inginkan anak mereka menjadi seorang insan yang berguna. Karenah kita terpaksa dituruti walaupun mereka tidak mampu. Semasa baru permulaan kita mengenal erti pelajaran, semasa kita mula melangkah alam pelajaran dan semasa kita mula berdikari untuk belajar sesuatu tanpa bantuan ibu bapa, segalanya bermula ketika kita di taska seterusnya sekolah rendah, diikuti sekolah menengah dan akhirnya di tempat yang lebih tinggi sehingga ke menara gading. Ibu bapa tidak  pernah lupa mendoakan kejayaan anak mereka. Setiap doa mereka tidak pernah ditinggalkan untuk mendoakan kejayaan anka-anak walaupun kadang kala kita alpa dan leka terhadap mereka.


Dan bila kita sudah dewasa, sudah pandai mengurus kehidupan sendiri, jangan sesekali kita melupakan pengorbanan mereka yang telah membesarkan kita sehingga kini. Janganlah kita menderhaka kepada mereka yang selama ini telah melimpahkan kasih sayang yang secukupnya kepada kita.  
Firman Allah SWT dalam surah al-Israk ayat 23-24:
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Tuesday, 10 April 2012

ReSePi ApAm pOLkAdOt


BAHAN-BAHAN:
~ 3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
~ 275 gm tepung gandum
~ 200 gm gula halus
~ 150 ml susu segar
~ 1 sudu makan baking powder
~ 1 sudu kecil ovalette
~ 1 sudu kecil esen vanilla
~ Filling (inti) blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
~ Pewarna

**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel. Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.

CARANYA:

1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas itu, barulah campur bahan2 lain seperti susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla. Mix lagi dengan kelajuan minimun selama 6 – 8 minit ataupun sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya.
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10 minit.

N0TA:
-Pastikan air kukusan dipanaskan terlebih dahulu sehingga mendidih
-Api kukusan jangan terlalu kuat nanti permukaan apam akan pecah.=)

                                    
                                        SEIMBAS LALU...JOM...LAYANNNNNN....


~ Nie la bahan2 yang telah di Mix tadi.
                               ~ Putarkan dengan kelajuan sederhana dalam 8 minit.
~ Bahagikan kepada beberapa bahagian & letakkan pewarna.
~ Masukkan dalam pingping beg @ tempat sos plastic


~ Masukkan 1/2 sahaja daripada bekas adunan tu.
~ Masukkan intinya dan penuhkan lagi bancuhan kedalam bekas adunan.
~ Kemudian dot-dotkan mengikut corak yang anda suka.

~ Kukus selama 10 minit...dan lihatlah hasilnya....

NYAM..NYAM...
~Selamat Mencuba~

Monday, 9 April 2012

Suara Hati


Ya Allah..kau berikanlah hambamu ini kekuatan untuk mengharungi ujian2 yang mendatang..kau bantulah hambamu ini untuk membuat keputusan yang tepat agar tidak dikecewakan lagi...Sesungguhnya aku bermohon padamu...Amin..

Ombak Rindu


CiNtA iTu?????


Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah

Think +VE (harapan)


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir

Di suatu hari kau datang dan bertanyaku apa yang lebih penting padaku : Dirimu atau nyawaku. Dan aku mengatakan nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu.

Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini...

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri

Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.

Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.
Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Saturday, 7 April 2012

Patah Hati


BiLa HaTi BiCaRa

Ya Allah Ya Tuhanku..Sungguh berat ujian yang kau berikan padaku...Ampunkan lah hambaMu yang lemah ini atas kekecewaan yang melanda..aku terlebih mencintai yang lain daripadaMu Ya Allah..sungguh kecewa hati ini..tapi aku tahu mmg dia bukan jodohku lagi..andai dia bukan jodohku kau lindungilah hambamu ini dari kekecewaan..kau hilangkanlah dirinya dari pandanganku..kau kosongkanlah mindaku dari terus memikirkan dia..sesungguhnya aku takut untuk bercinta lagi..aku tidak mampu lagi untuk buat apa2..hanya mampu berserah pada ketentuanMu Ya Allah..=(

Friday, 6 April 2012

HaTi TeRLuKa


Waktu kita bersama indahnya ku alami 
Waktu kita berdua, janji2 bersemi 
Apapun rintangan dapat kita harungi 
Apapun persoalan dapat kita jalani 


Namun semuanya berubah dalam sekelip mata 
Hati terluka bila ku sedar kau khianati cinta 
Jiwa meronta bila ternyata kau menduakan cinta 
Sungguh ku tak menyangka begini di akhirnya 
Kau tinggalkan ku hati terluka 


Menggamit kan kembali waktu kau lafaz cinta 
Sambil ku sarung cincin sebagai tanda setia 
Menggamitkan kembali waktu kau kesedihan 
Kukesat air mata yg jatuh berlinangan 


Ku terima semuanya dengan tabah 
Mengharapkan ada hikmah

CiNtA sEJaTi



                                  Setitik Kasih membuat kita SAYANG …..
                                  Seucap janji membuat kita PERCAYA …..
                                  Sekecil luka membuat kita KECEWA …..
                                                      Namun ….
                        Cinta yang dibentuk berdasarkan hati yang TULUS
                                      Akan membuat kita BAHAGIA …..


                                   Untuk hidup aku perlu JANTUNG …..
                                  Untuk jantung aku juga perlu HATI …..
                             Untuk jantung hati aku perlu KEBAHAGIAAN …..
                                 Untuk kebahagiaan aku perlu CINTA …..
                                   Dan untuk cinta aku perlu KAMU ….


Thursday, 5 April 2012

BiLa AkU bOsAn

Haaaa...cuti sem ny memang membosankan..jadi penganggur terhormat kowt..so dalam bosan2 ny jadilah wat sa2 bnde ny..APAM POLKADOT..hahaha...dulu mmg popular apam ny..lama2 da slow sket...ny la hasilnya...LAYANZZZZZZ....
ha ny la apam nya..intinya saya taruh coki2...he3...cedap..=)

HaTikU MiLikMu


Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku


Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu


Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu


Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya


Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini


Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu


Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu


Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku


Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu


Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu


Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

CiNtA bUkAn MeMiLiKi


Cinta sejati tidak mengenal cemburu.
Sebab, jika kamu cemburu, berarti kamu takut kehilangan.

Janganlah mengikat pasanganmu kepada dirimu seorang.
Jika dia sudah tidak ingin denganmu, biarlah.

Lepaskan dia.
Biarkan dia pergi dan harapkan yang terbaik untuknya.

Jika kamu memang ditakdirkan untuk bersama, dia akan kembali..
untuk bersamamu selamanya.

Cinta Terakhir