Motif sangat...hahahaha...disebabkan ana ni salah seorang pelajar jurusan Ukur Bahan or bahasa omputih Quantity Survey..ana nak berkongsi sikit tentang QS ni..walaupun copy paste..ramai jugak bila balik kampung x taw apa QS 2..binatang apa la yang kamu belajar 2...opah tak pernah dengar pon..macam2 la..so sekarang,..nie la...kalau opah ada line tenet kat sana 2 opah baca la ek..hehehe..=P
Sejarah Profesion
Jurukur Bahan di Malaysia
Bidang Ukur Bahan telah dibawa
masuk ke Malaya ( sekang adalah Malaysia) dalam tahun 1950-an, selepas Perang
Dunia II oleh orang British. Pada ketika itu, pendidikan, latihan kemahiran dan
bidang ukur bahan ini bersesuaian dan diperlukan oleh orang tempatan. Pada awal
kedatangannya, bilangan orang-orang yang terlatih dalam profesion ini adalah
sangat rendah dan kebanyakan mereka datang dari United Kingdom. Penduduk
tempatan pada waktu itu, hanya dilatih membantu Jurukur Bahan (Quantity
Surveyor).
Secara umumnya amalan QS di
Malaysia adalah agak sama seperti yang di amalkan di UK. Ini kerana, pada tahun
1934, orang-orang yang bertanggungjawab membawa perkhidmatan QS ke Malaysia
ialah David Waters dan Eric Watson, dua orang Juruukur Bahan British. Sebuah
firma kecil telah ditubuhkan di Singapura di bawah nama mereka "Waters
& Watson". Pada ketika itu, Singapura adalah sebahagian daripada
Malaysia.
Bangunan pertama yang menggunakan
"senarai kuantiti" adalah bangunan Mahkamah Agung di Singapura, yang
dibina dalam tempoh 1937 sehingga tahun 1939. QS yang bertanggungjawab ialah
David Niven dari Jabatan Kerja Raya (JKR). Perang di Asia Tenggara pada tahun
1941 telah menjejaskan profesion QS.
Selepas perang dunia ke-2,
firma-firma ukur bahan yang awal yang wujud di Malaysia ialah pada tahun 1958
iaitu firma ukur bahan Frank and Vargeson dan diikuti oleh Chris and Cavanaugh
dan seterusnya ialah Bridge Water and Coulton. Pada tahun 1963, firma ukur
bahan Suckling and Mcdonald telah ditubuhkan dan terdiri daripada Juruukur
Bahan K.A Suckling dan J.H Mc Donald.
Pada tahun 1965, seorang Juruukur
Bahan Bumiputera, Haji Md Isahak Md Yusuf (sekarang Datuk) merupakan seorang
Juruukur Bahan Melayu yang pertama memasuki sektor swasta. Haji Mohd Isahak
menubuhkan firma Ukur Bahan bumiputera yang pertama di Malaysia.
Seterusnya, aktiviti pembinaan
berkembang dengan pesatnya di Malaysia, firma ukur bahan juga berkembang dengan
pesatnya. Sehingga kini perkembangan firma perunding ukur bahan adalah di tahap
yang baik. Kalau dulu hanya di bandar besar sahaja yang terdapat pejabat
perunding ukur bahan tetapi kini berkembang ke mana-mana.
Institusi–institusi pengajian
tinggi awam dan swasta yang menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Sarjana
Muda, Diploma dan Sijil juga meningkat. Universiti Teknologi Malaysia (dulu
Institut Teknologi Kebangsaan) merupakan pelopor kursus bidang ukur bahan di
Malaysia dan di ikuti oleh Universiti Teknologi MARA (dulu Institut Teknologi
MARA). Di kedua-dua universiti kursus di tawarkan meliputi peringkat Diploma
dan Sarjana Muda. Sementara itu Universiti Malaya dan Universiti Islam
Antarabangsa juga kini menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Sarjana Muda
sahaja. Politeknik awam setakat ini hanya menawarkan kursus ukur bahan pada
peringkat Diploma dan Sijil.
Pada hari ini, profesion Juruukur
Bahan semakin di kenali di kalangan masyarakat dan perkhidmatannya adalah
mendapat sambutan yang menggalakkan. Dulu beberapa orang pelajar Indonesia
telah mengikuti kursus ukur bahan di ITM dan UTM. Akhirnya Universiti Teknologi
Malaysia telah berjaya memperkenalkan kursus ukur bahan (di kenali sebagai
Teknik Ekonomi Konstruksi) di negara jiran Indonesia melalui kerjasama
Universitas Bung Hatta, Padang.
Tugas seorang Jurukur
bahan (Roles of QS)
- Menyediakan dokumen tender dan dokumen kontrak, termasuk senarai kuantiti;
- Menjalankan analisis kos untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan projek di masa hadapan;
- Membantu dalam memenuhi keperluan pelanggan dan menjalankan kajian kemungkinan;
- Melaksanakan Value Management dan mengawal kos;
- Memberikan nasihat tentang strategi perolehan;
- Menyediakan laporan tender dan menganalisis tender;
- Mengagihkan kerja kepada subkontraktor;
- Memberikan nasihat mengenai tuntutan kontrak;
- Menganalisis hasil dan menulis laporan kemajuan kerja yang terperinci;
- Menilai kerja-kerja yang telah dilaksanakan dan mengatur pembayaran;
- Menyediakan Final Account;
- Mengira perubahan harga bagi perubahan
Siapakah Jurukur
Bahan (Quantity Surveyor) ?
Jurukur bahan adalah seorang
profesional. Seorang jurukur bahan akan menguruskan semua kos yang berkaitan
dengan projek-projek bangunan dan kejuruteraan awam, daripada pengiraan awal
(Estimate) kepada angka muktamad (Final Account). Juruukur dilantik untuk
mengawal dan mengurangkan kos projek dan meningkatkan nilai untuk wang (Value
for Money), tetapi masih mencapai standard dan kualiti yang diperlukan.
Jurukur bahan boleh bekerja sama
ada untuk Majikan, firma jurukur bahan, atau kontraktor yang bekerja di pejabat
atau di lokasi. Profession Jurukur Bahan memainkan peranan yang penting di
dalam industri pembinaan. Ia sama penting dengan Arkitek, Jurutera dan lain2
professional yang ada.
No comments:
Post a Comment