andai dia jodohku...
berikan aku kesempatan..
untuk mencintainya...
mengatakan rasa hatiku padanya..
andai dia jodohku..
tetapkanlah hatiku untuknya...
yakinkan aku hanya dia adamku...
andai dia jodohku...
aku ingin bersamanya......
melalui masa-masaku dengannya....
melayari bahtera bahagia...
..... sehingga ke akhir nafasku........
Ya Allah
sekiranya jodoh aku jauh, kau dekatkanlah. Sekiranya jodoh aku sukar, kau
permudahkanlah dan jodohkanlah aku dengan lelaki yang soleh.
Ya Allah
dekatkanlah diriku dengannya sekiranya dia jodohku dan sekiranya dia bukan
jodohku, maka jauhkanlahku daripadanya. Serta peliharalah daku dari kekecewaan
andai dia bukan jodohku.
Yakinlah
bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Kita sebagai
umat Islam dan percaya bahawa doa adalah senjata bagi orang mukmin. Kerana
dengan doalah dapat mengubah takdir yang telah ditentukan keatas diri kita
dengan keizinan dariNya.
Dalam
Al-Quran banyak ayat yang menyuruh kita sentiasa melazimi dengan berdoa,
antaranya :
Firman Allah
: “Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu…”
(Surah al-Ghafir, ayat 60)
Berdoalah
dengan setulus hati dan bersungguh-sungguh kerana kita yakin bahawa jodoh itu
di tangan tuhan, kita sebagai hambanya wajib berusaha sedaya yang mungkin.
Ampunkanlah
hambamu ini Ya Allah jika kami kekadang leka untuk mengingatiMu Ya Allah dan
bukan hanya ketika ini sahaja mengigatimu.
Kalau tiba
masanya, Jodoh tidak akan kemana.
Memang benar
dan pasti bahawa jodoh dan pertemuan kita itu takdir ketentuan dari Allah.
Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan iktiar.
Na’am.
Ikhtiar,usaha dan munajat serta titipan doa tiada habis-habisnya dipohon
kepadaNya. Tak usah membandingkan diri ini dengan orang lain, kerana Allah
pasti serta akan memberikan yang terbaik
untuk setiap hambaNya, meski dia tidak menyedarinya.
Usahlah
dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana memikirkan siapa kiranya pasangan hidup.
Menangislah kerana air mata permohonan kepadaNya di setiap sujud dalam malam
tahajut cinta denganNya.
Bertahajutlah
memohon dariNya.
Jadikan
hidup ini selalu penuh dengan sangka baik kepadaNya. Bersiaplah menghadapi
putaran waktu serta masa, hingga setiap gerak langkah serta nafas adalah dikira sebagai ibadah disisi
Allah.
Sabarlah
andainya pencarianmu belum juga dipertemukanmu dengan jodoh tersebut, mungkin
penantian ini adalah ujian keatas ketaqwaanmu, mujahadahlah dan istiqomahlah di
jalan-Nya.
No comments:
Post a Comment