Monday, 29 July 2013

sekaDaR rEnuNgaN

Takdir kadang2 mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang..
Memberi apa yang kita tidak rancang..
Memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan..
Namun takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalan..
Menyulam erti kasih sayang..
Menanam erti persahabatan..
Menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan..
Menyemai benih keakraban..
Serta memberi peluang menilai siapa sahabat,siapa kawan, dan siapa sekadar kenalan..

Yang mengisi ruang dalam episod kehidupan...

Friday, 26 July 2013

Raya Ke???

Alhamdulillah...genap sudah hari nie puasa yang ke 18... insyaallah jika diberi kesempatan, umur yang panjang sempat la kita berjumpa lebaran nanti ye... Cakap pasal raya, memang kanak2 xcited bagai nak beli baju raya untuk sambutan aidilfitri nanti... mak2 pula sibuk dengan buat biskut raya bagai... Kat rumah ny pulak, my sis ambil tempahan biskut raya.. memang x tido malam mengadap biskut 2.. (mengadap means buat la..).. mak pulak dengan menjahit baJu raya, langsir.... ha yang aku ny... mood raya haishhh x muncul lagi.. baju raya pown x beli lagi..xtaw lagi bila nak beli.. nak beli ke x nak x taw la...or pakai je la yang lepas2 2...cuti raya pown kejap je..raya ke4 da kena balik kolej balik..raya ke5 strt stdy...mana nak raya sakan..baru nak rasa raya da kena balik bljar balik..huhuhuh...SEDEHHH, PEDIIHH, SADIISSS, TRAGGGISS, macam2 la...tapi apa boleh buat... xpela...nasib baik rumah x la jauh sangat dengan uitm 2..bak kata classmate "rumah awk 2 sekangkang kera je"..hahahaha...memang bulan puasa ny tipa2 minggu baliknye...so rasanya idea x banyak nak mengarang nie...maklumlah, puasa ny penat, dengan musim panas + jerebu...kesihatan pown tdk mngizinkan..huhuhu..ok selamat berpuasa dan slmat menyambut hari raya aidil fitri yang bakal tiba x lama lagi ny...=)

~kbye~ 

Thursday, 11 July 2013

Segalanya Berakhir... =(

Bibir Tersenyum Hati Menangis… Tangisan Hati Memang Tak Dapat Ditahan Lagi.. Meskinpun Apa Yang Berlaku Perlu Aku Lupakan.. Tidak Semudah Itu… Wajah Riang Dulu Kini Bertukar… Segala Impian Yang Diimpikan Hanya Kenangan Yang Tidak Akan Menjadi Kenyataan… Mungkin Aku Tidak Akan Berpatah Kembali… Apa Yang Kau Lakukan Sudah Cukup Menyiksa Diri Ku.. Mungkin Aku Bukan Yang Terbaik Untuk Diri Mu.. Atau Mungkin Aku Lupa Siapa Diriku.. Silap Aku Juga Kerna Jatuh Cinta Pada Insan Sepertimu.. Aku Sedar Siapa Diriku.. Mungkin Kita Tidak Lebih Dari Kawan Biasa… Seharusnya Itu Yang Aku Ungkapkan Dari Dulu Lagi Supaya Hatiku Tidak Terlanjur Mencintai Insan Sepertimu.. Tapi Aku Lupa…Aku Tidak Menyedari Semua Itu.. Hati Ku Tertutup Dengan Kata-Kata Mu..Janji Manis Mu.. Aku Hanya Gagak Di Rimba Yang Tidak Akan Mungkin  Terbang Bersama Merak Dikayangan.. Mungkin Dulu Aku Memerlukan Sayapmu Untuk Kita Terbang Bersama.. Tapi Kini Aku Lumpuh Tanpa Sayap..Aku Tidak Mampu Terbang Lagi Untuk Terus Bersama Mencintai Mu.. Mungkin Aku Tidak Mempunyai Apa-Apa..Yang Ada Cuma Rasa Ini.. Rasa Yang Tidak Mampu Untuk Bertahan Lebih Lama… Aku Memang Tidak Layak Dan Tidak Sesuai Untuk Menjadi Sebahagian Dari Hidupmu.. Aku Akan Cuba Sedaya Upaya Untuk Tidak Menganggap Kau Yang Teristimewa Dari Hidupku… Tapi Aku Tidak Berdaya Kerana Hati Kecilku Mengatakan Sebaliknya…  Aku Tidak Tahu Kenapa Kau Begitu Dekat Di Hati Ini.. Berdosakah Aku Yang Mencintaimu… Terima Kasih Kerana Sudi Hadir Dalam Hidup Ini Walaupun Ianya Hanya Seketika.. Jasa Dan Budi Yang Kau Berikan Akan Aku Kenang Selamanya.. Tiada Nilai Untuk Aku Membayarnya.. Nak Cari Memang Tak Bertemu.. Biarlah Kisah-Kisah Silam Kita Akan Menjadi Kenangan…Akan Ku Simpan Kemas-Kemas Di Dalam Hati Ini…  Biarlah Aku Tersiksa Asalkan Kau Bahagia..Asalakn Kau Tidak Perlu Lagi Melayan Karenah-Karenah Ku.. Mungkin Allah S.W.T Telah Tetapkan Perjalanan Kita Sampai Sini… Maafkan Aku Terpaksa Membuat Keputusan Begini.. Bukan Aku Tidak Mencintai Mu Lagi, Sayang Aku Padamu Tidak Akan Pernah Padam.. Tapi Aku Hanya Insan Biasa..  Biarlah Aku Berundur Sebelum Aku Tersiksa Lagi…


Ku Anggapkan Semalam Satu Kenangan Yang Suram… Bila Cinta Kita Putus Di Jalan… Ku Harapkan Impian Menjadi Kenyataan..Namun Aku Kecewa…Mudahnya Waktu Melafazkan Janji Engkau Dan Aku Berdua Serupa…Rupanya Mentari Dalam Mainan Percintaan… Telahpun Ku Bentangkan Segalanya..Mencari Entah Dimana Silapnya…Jelas Asmara Kecundang Jua…Bukan Ku Tak Sudi Kasih Untuk Bersamamu Bercinta Lagi… Kerna Antara Kita Tidak Sehaluan Lagi…Maafkan Diriku Sayang Menolak Cintamu Untuk Kali Ini…Walaupun Ku Tahu Bersungguh Benar Rasa Hatimu… 

Wednesday, 10 July 2013

Tentang Cinta

Aku bukan lemah tanpa cinta
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerna derita

Dia hadir mengubatkan rindu
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka

Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta

Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi

Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta

Setelah sedar dari mimpi
Harus ku terus hidup tanpamu
Kini ku pasrah segalanya

Tentang cinta

Hanya Aku

Apakah salah ku yang terlanjur mencintaimu??? Adakah aku yang buta.. tidak menyedari semuanya… mungkin aku yang beria-ria… kadang aku rebah memikirkan segala yang kau lakukan padaku.. tapi semangatku bangkit semula..demi sayang ku padamu tapi apa yang aku dapat??? hanya kekecewaan yang menghampiri diri..mungkin aku patut menyedarinya dulu lagi..tapi hatiku tertutup dengan semua kata-kata manismu.. aku percaya dengan janji mu… aku percaya dengan kata-kata mu.. siapalah aku untuk menentukan segalanya.. walaupun aku masih sayang akan dimu.. ianya hanya aku… dan tiada balasan darimu.. tiada jawapan yang pasti…aku hanya mampu mencintaimu dari jarak jauh.. mungkin kita tidak dijodohkan bersama… saat mula mengenali dirimu.. segalanya indah bagiku.. kaulah yang menceriakan hidupku.. kaulah semangat hidupku.. kaulah yang memberi sejuta makna padaku..tapi hari demi hari ianya berubah… sakit hati ini…tapi apakan daya kau bukan untuk ku lagi… aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk dirimu… anggap lah kita tidak pernah mengenali antara satu sama lain.. memang ianya amat sukar untuk aku terima.. tapi hakikatnya aku perlu menerimanya..aku hanya berpura2 gembira untuk menutup segala kesedihan..hanya hati yang menangis untuk cuba melupakan segalanya…

fair - terlanjur menyintaimu

Tuesday, 9 July 2013

QS oh QS

Motif sangat...hahahaha...disebabkan ana ni salah seorang pelajar jurusan Ukur Bahan or bahasa omputih Quantity Survey..ana nak berkongsi sikit tentang QS ni..walaupun copy paste..ramai jugak bila balik kampung x taw apa QS 2..binatang apa la yang kamu belajar 2...opah tak pernah dengar pon..macam2 la..so sekarang,..nie la...kalau opah ada line tenet kat sana 2 opah baca la ek..hehehe..=P

Sejarah Profesion Jurukur Bahan di Malaysia

Bidang Ukur Bahan telah dibawa masuk ke Malaya ( sekang adalah Malaysia) dalam tahun 1950-an, selepas Perang Dunia II oleh orang British. Pada ketika itu, pendidikan, latihan kemahiran dan bidang ukur bahan ini bersesuaian dan diperlukan oleh orang tempatan. Pada awal kedatangannya, bilangan orang-orang yang terlatih dalam profesion ini adalah sangat rendah dan kebanyakan mereka datang dari United Kingdom. Penduduk tempatan pada waktu itu, hanya dilatih membantu Jurukur Bahan (Quantity Surveyor).

Secara umumnya amalan QS di Malaysia adalah agak sama seperti yang di amalkan di UK. Ini kerana, pada tahun 1934, orang-orang yang bertanggungjawab membawa perkhidmatan QS ke Malaysia ialah David Waters dan Eric Watson, dua orang Juruukur Bahan British. Sebuah firma kecil telah ditubuhkan di Singapura di bawah nama mereka "Waters & Watson". Pada ketika itu, Singapura adalah sebahagian daripada Malaysia.

Bangunan pertama yang menggunakan "senarai kuantiti" adalah bangunan Mahkamah Agung di Singapura, yang dibina dalam tempoh 1937 sehingga tahun 1939. QS yang bertanggungjawab ialah David Niven dari Jabatan Kerja Raya (JKR). Perang di Asia Tenggara pada tahun 1941 telah menjejaskan profesion QS.

Selepas perang dunia ke-2, firma-firma ukur bahan yang awal yang wujud di Malaysia ialah pada tahun 1958 iaitu firma ukur bahan Frank and Vargeson dan diikuti oleh Chris and Cavanaugh dan seterusnya ialah Bridge Water and Coulton. Pada tahun 1963, firma ukur bahan Suckling and Mcdonald telah ditubuhkan dan terdiri daripada Juruukur Bahan K.A Suckling dan J.H Mc Donald.

Pada tahun 1965, seorang Juruukur Bahan Bumiputera, Haji Md Isahak Md Yusuf (sekarang Datuk) merupakan seorang Juruukur Bahan Melayu yang pertama memasuki sektor swasta. Haji Mohd Isahak menubuhkan firma Ukur Bahan bumiputera yang pertama di Malaysia.

Seterusnya, aktiviti pembinaan berkembang dengan pesatnya di Malaysia, firma ukur bahan juga berkembang dengan pesatnya. Sehingga kini perkembangan firma perunding ukur bahan adalah di tahap yang baik. Kalau dulu hanya di bandar besar sahaja yang terdapat pejabat perunding ukur bahan tetapi kini berkembang ke mana-mana.

Institusi–institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Sarjana Muda, Diploma dan Sijil juga meningkat. Universiti Teknologi Malaysia (dulu Institut Teknologi Kebangsaan) merupakan pelopor kursus bidang ukur bahan di Malaysia dan di ikuti oleh Universiti Teknologi MARA (dulu Institut Teknologi MARA). Di kedua-dua universiti kursus di tawarkan meliputi peringkat Diploma dan Sarjana Muda. Sementara itu Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa juga kini menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Sarjana Muda sahaja. Politeknik awam setakat ini hanya menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Diploma dan Sijil.

Pada hari ini, profesion Juruukur Bahan semakin di kenali di kalangan masyarakat dan perkhidmatannya adalah mendapat sambutan yang menggalakkan. Dulu beberapa orang pelajar Indonesia telah mengikuti kursus ukur bahan di ITM dan UTM. Akhirnya Universiti Teknologi Malaysia telah berjaya memperkenalkan kursus ukur bahan (di kenali sebagai Teknik Ekonomi Konstruksi) di negara jiran Indonesia melalui kerjasama Universitas Bung Hatta, Padang.

Tugas seorang Jurukur bahan (Roles of QS)

  • Menyediakan dokumen tender dan dokumen kontrak, termasuk senarai kuantiti;
  •  Menjalankan analisis kos untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan projek di masa hadapan;
  • Membantu dalam memenuhi keperluan pelanggan dan menjalankan kajian kemungkinan;
  • Melaksanakan Value Management dan mengawal kos;
  • Memberikan nasihat tentang strategi perolehan;
  •  Menyediakan laporan tender dan menganalisis tender;
  •  Mengagihkan kerja kepada subkontraktor;
  • Memberikan nasihat mengenai tuntutan kontrak;
  • Menganalisis hasil dan menulis laporan kemajuan kerja yang terperinci;
  • Menilai kerja-kerja yang telah dilaksanakan dan mengatur pembayaran;
  • Menyediakan Final Account;
  • Mengira perubahan harga bagi perubahan


Siapakah Jurukur Bahan (Quantity Surveyor) ?

Jurukur bahan adalah seorang profesional. Seorang jurukur bahan akan menguruskan semua kos yang berkaitan dengan projek-projek bangunan dan kejuruteraan awam, daripada pengiraan awal (Estimate) kepada angka muktamad (Final Account). Juruukur dilantik untuk mengawal dan mengurangkan kos projek dan meningkatkan nilai untuk wang (Value for Money), tetapi masih mencapai standard dan kualiti yang diperlukan.


Jurukur bahan boleh bekerja sama ada untuk Majikan, firma jurukur bahan, atau kontraktor yang bekerja di pejabat atau di lokasi. Profession Jurukur Bahan memainkan peranan yang penting di dalam industri pembinaan. Ia sama penting dengan Arkitek, Jurutera dan lain2 professional yang ada.

Sunday, 7 July 2013

TERIMA KASIH YA ALLAH

Bismillaahirrah maanirrahiim


Terima kasih atas orang tua yang bijak..
Terima kasih atas sahabat yang setia menemani..
Terima kasih atas adik-adik yang penuh semangat..
Terima kasih atas orang-orang yang mencintai..
Terima kasih atas saudara seperjuangan yang tak pernah letih..
Terima kasih atas makanan yang meredakan lapar..
Terima kasih atas selimut yang menghangatkan..
Terima kasih atas atap yang melindungi..
Terima kasih atas pakaian yang menutupi..
Terima kasih atas udara yang kuhirup..
Terima kasih atas tanah yang kupijak..
Terima kasih atas burung-burung yang berterbangan..
Terima kasih atas bintang-bintang yang indah..
Terima kasih atas matahari yang menyinari..
Terima kasih atas rasa cinta..
Terima kasih atas rasa sayang..
Terima kasih atas rasa kasih..
Terima kasih atas pengorbanan..
Terima kasih atas perjuangan..
Terima kasih atas air mata..
Terima kasih atas kesempatan untuk mengenal-Mu..
Terima kasih atas kesempatan untuk beribadah kepada-Mu..
Terima kasih atas kesempatan untuk berharap kepada-Mu..
Terima kasih atas kesempatan untuk bergantung kepada-Mu..
Terima kasih atas kesempatan untuk beramal sholeh..
Terima kasih atas segala yang tak pernah terucap..
Karena tak sanggup mulut ini mengucapkan syukurku yang tak terhingga.
Karena tak cukup pena ini menuliskan segala nikmat-Mu..
Karena tak cukup dunia ini melukiskan segala milik-Mu..
Karena Engkau begitu indah..
karena Engkau begitu sempurna..
Karena Engkau begitu mulia..
Karena Engkau begitu luar biasa....

Ampuni hambamu ini Ya RABB...
Tak pantas hambamu ini menghitung segala nikmat-Mu..
Hambamu ini hanya dapat meneteskan air mata...

Tertunduk tak berdaya di hadapan-Mu. Aamiin ya rabbal Alamiin.

Pergilah Kau

Tak mau lagi aku percaya
Pada semua kasih sayangmu
Tak mau lagi aku tersentuh
Pada semua pengakuanmu

Kamu takkan mengerti rasa sakit ini
Kebohongan dari mulut manismu

Pergilah kau
Pergi dari hidupku
Bawalah semua rasa bersalahmu
Pergilah kau
Pergi dari hidupku
Bawalah rahasiamu yang tak ingin kutahui

Tak mau lagi aku terjerat
Pada semua janji-janjimu
Tak mau lagi aku terkait
Pada semua permainanmu

Kamu takkan mengerti rasa sakit ini
Kebohongan dari mulut manismu

Pergilah kau
Pergi dari hidupku
Bawalah semua rasa bersalahmu
Pergilah kau
Pergi dari hidupku
Bawalah rahasiamu yang tak ingin kutahui

Bertahun-tahun bersama
Kupercayaimu
Kubanggakan kamu
Berikan s’galanya
Aku tak mau lagi
Ku tak mau lagi
huoo… Yeee…Heei…

Pergilah kau
Pergi dari hidupku
Bawalah semua rasa bersalahmu
Pergilah kau
Pergi dari hidupku
Bawalah rahasiamu yang tak ingin kutahui

Pergilah kau
Tak ingin kutahui
Pergilah kau
Yeee…Heei…

Ku tahui

Thursday, 4 July 2013

aNDai Dia JoDoHKu..

andai dia jodohku...
berikan aku kesempatan..
untuk mencintainya...
mengatakan rasa hatiku padanya..
andai dia jodohku..
tetapkanlah hatiku untuknya...
yakinkan aku hanya dia adamku...
andai dia jodohku...
aku ingin bersamanya......
melalui masa-masaku dengannya....
melayari bahtera bahagia...
..... sehingga ke akhir nafasku........

Ya Allah sekiranya jodoh aku jauh, kau dekatkanlah. Sekiranya jodoh aku sukar, kau permudahkanlah dan jodohkanlah aku dengan lelaki yang soleh.

Ya Allah dekatkanlah diriku dengannya sekiranya dia jodohku dan sekiranya dia bukan jodohku, maka jauhkanlahku daripadanya. Serta peliharalah daku dari kekecewaan andai dia bukan jodohku.

Yakinlah bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kita sebagai umat Islam dan percaya bahawa doa adalah senjata bagi orang mukmin. Kerana dengan doalah dapat mengubah takdir yang telah ditentukan keatas diri kita dengan keizinan dariNya.

Dalam Al-Quran banyak ayat yang menyuruh kita sentiasa melazimi dengan berdoa, antaranya :

Firman Allah : “Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu…” (Surah al-Ghafir, ayat 60)

Berdoalah dengan setulus hati dan bersungguh-sungguh kerana kita yakin bahawa jodoh itu di tangan tuhan, kita sebagai hambanya wajib berusaha sedaya yang mungkin.

Ampunkanlah hambamu ini Ya Allah jika kami kekadang leka untuk mengingatiMu Ya Allah dan bukan hanya ketika ini sahaja mengigatimu.

Kalau tiba masanya, Jodoh tidak akan kemana.

Memang benar dan pasti bahawa jodoh dan pertemuan kita itu takdir ketentuan dari Allah. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan iktiar.

Na’am. Ikhtiar,usaha dan munajat serta titipan doa tiada habis-habisnya dipohon kepadaNya. Tak usah membandingkan diri ini dengan orang lain, kerana Allah pasti serta akan  memberikan yang terbaik untuk setiap hambaNya, meski dia tidak menyedarinya.

Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana  memikirkan siapa kiranya pasangan hidup. Menangislah kerana air mata permohonan kepadaNya di setiap sujud dalam malam tahajut cinta denganNya.

Bertahajutlah memohon dariNya.

Jadikan hidup ini selalu penuh dengan sangka baik kepadaNya. Bersiaplah menghadapi putaran waktu serta masa, hingga setiap gerak langkah serta  nafas adalah dikira sebagai ibadah disisi Allah.

Sabarlah andainya pencarianmu belum juga dipertemukanmu dengan jodoh tersebut, mungkin penantian ini adalah ujian keatas ketaqwaanmu, mujahadahlah dan istiqomahlah di jalan-Nya.

Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tak akan lari kemana. Kerana sejak roh telah bersatu dengan jasad, siapa jodoh mu telah dituliskanNya.

Monday, 1 July 2013

JeReBu DaN DeMaM

Okey first sekarang dah pun pukul 11.18pm...
baru balik kelas CA..
mata pon dah mengantok..
gara-gara makan pelbagai ubat yang mengantokkan mata..


hahaha..apa lagi...ubat demam,batuk,selsema...
huhuhu..maybe sekarang ny memang musim kot...
Nak dijadikan cerita..
last week..
SI ny jerebu memang kuat la..
so nak jalankan tnggungjwab sebagai student..
nak tak nak kena pergi kelas la jugak kan..
tempuh dan rempuh je la jerebu..
n tuesday lepas mula da sakit2 tekak...
tyme 2 klas xde...
so enjoy2 ngan member2 g keluar outingggg...
tak sedar diri lak 2..
agak2 la kan jerebu tengah teruk nak jugak bejalan kan..
so tanggunglah padahnya..
sambil 2 menyelam minum air la...
g melawat MR Husbnd kena tahan wad...
so saddd....
btw skrang everyting is ok la...
Alhamdulillah...
susah hati jugak tengok cam 2...
okey..
lepas g melawat tu g jenjalan ngan mereka2...
balik nak dekat pukul 7.00pm la jugak..
malam dah terasa dah sakit2..
esok 2 mula la batuk2 n selsema...
orang degil macam 2 la...terima je la,..
tak sabar nak tggu hjung minggu..
SEBAB...
nak balik umah la...
sakit2 tu pown nak balik..
so.......
bila dah balik memang lagi mengedik..mengada...melampau...
haaaaaa...
sakit lagi teruk..
sampai nak demam2...melampau kau ye...hehehe..
itulah AKU,..=)
tapi xpela...
ada sebab kenapa kita diuji dengan kesihatan yang begitu,,,.
hari ny ada la kurang sikit daripada minggu lepas..
but suara still..hahahaha...faham2 la...
memang kena la ngan budak2 kelas kan..
xpela.."bukan sng nak dpat suara cam 2"
hehehehe...kau ada????
dah la...malas nak menaip dah...
mata da mengantok..
so ary ny MR Husbnd nak balik klang da..
bila jauh btambah rindu..huhuhuhu..
demi masa depan xpe la kan..=(
okey mata sudah melambai2..
katil sudah memanggil2...
bantal sudah menjerit2...so tidurlah...
okey nyte...(awal pulak tido malam ny)

~kbye~