Tiada sesiapa memahami sakit
senggugut, kecuali wanita. Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali
wanita. Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser,
kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara,
kecuali wanita. adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu genteng?
Terlalu minimal? Terlalu sedikit?
Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah
satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu
berpantang? "Sekiranya wanita mati
dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati
syahid." Sungguh tinggi darjat wanita.
Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan
untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan selenang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang
seperti hamba?
Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh
tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak
dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan
bayi mereka di wad bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka
dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan
seorang anak.
Dan kepada wanita. Rahim anda
hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan
darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun. Sebiji buah pear,
mengeluarkan seorang manusia? Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika
dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau
akan datang? Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang
sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.
Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang
enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang
wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiada pun perasaan malu, sekurang2nya
adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.
Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim. Sayangilah wanita dan
ibu anda…
No comments:
Post a Comment