Monday, 11 March 2013

Hargailah Mereka..



Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita. Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita. Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita. adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu genteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?  "Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid." Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan selenang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di wad bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.



Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun. Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia? Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang? Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiada pun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim. Sayangilah wanita dan ibu anda…



Wednesday, 6 March 2013

sO saD

Ehemmmm..huhuuuhuhuu..now 12.15 am...
roomate dua2 da tidur..
cuma aq lagi still berlegar2 kat facebook la twidder la..
mmg x lekang mata dok ngandap bende alah 2..
hahahaha..ok nak dijadikan cerita..
skrng ny mmang musim panas x kira siang or malam..kat sini la kan(SERI ISKANDAR)..
tempat lain x taw la pulak..
so tadi kui 9pm ad meeting untuk SPORT DAY QS..
tetiba pulak terjadi AJK SUKAN..hahaha..
x boley belah..so balik 2 dlm pkul 11.30pm..
mmang tekak dahagakan air la..
dewan makan kompom da ttup kan..
so smntara nak naik bilik kat tngga bawah 2 ad la jualan2 malam..

DADIH..

ok la..nak sjukkan tekak je..
so da smpai bilik mandi dulu..panas ny..
pas mandi baru la g bkak almari cari duit2 yang bergelimpangan..
hahaha..mcam bnyak la sngat kan...
pas 2 da dapat trun balik kat bawah jualan malam 2..
bukak peti kotak dadih..
just only one..
hurmm..hati cam nak or x..
last2 g air gedegang la..ha pulak..

DUIT KERTAS X DITERIMA,..

mmg la kan..aq cuma bawak duit kertas je la...hadoi..
so g balik tmpat jualan dadih 2..bkak2 kotak...

OMG....da habis da..

=( so sad....so balik bilik..
mnum jelah air masak yang ad..hahaha..
ok la..drpd x dpt kan..hurmmm.....
ok nunite..selamat malam..~kbye~

Friday, 1 March 2013

Sayang Family Saya...


Pengorbanan Ibu Bapa


KASIH sayang anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya untuk mereka hidup harmoni dan berkongsi rasa cinta serta belas kasihan dalam perjalanan singkat yang dinamakan kehidupan.
Begitu indah kasih sayang Allah SWT kepada setiap hamba-Nya dengan mengurniakan insan yang setia berdamping sejak awal usia kandungan lagi. Ditetapkan untuk setiap manusia itu hidup selamat dalam rahim kira-kira sembilan bulan sepuluh hari.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)

Pada usia kandungan itu jugalah kita sebagai manusia bergantung harap kepadanya atas nama kehidupan, kerana nyawa kita bersama nyawanya dan setiap darah yang mengalir dalam tubuhnya membolehkan kita hidup selesa, selamat, tenang, harmoni dan tiada sebarang gangguan.

Begitu mulianya pendamping setia kita iaitu ibu. Apabila menyebut mengenai erti kasih sayang seseorang ibu, maka terbayang dalam lipatan pemikiran kasih sayang yang tiada nilainya sejak kita dalam kandungan sehinggalah dewasa.

Tahukah kita ketaatan kepada ibu besar tuntutannya seperti firman Allah yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)

Allah SWT meletakkan kewajipan mentaati ibu bapa selepas kewajipan mentauhidkan-Nya. Al-Quran juga menceritakan pengorbanan seseorang ibu semasa mengandungkan anaknya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)

Apabila melihat realiti yang berlaku dewasa ini, kita dapati anak semakin kurang memberi tanggungjawab serius terhadap hak penjagaan kedua-dua ibu bapa mereka. Betullah kata-kata, seorang ibu mampu menjaga 10 anak, tetapi 10 anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu.
Tidak keterlaluan untuk saya nyatakan, semakin ramai dalam kalangan kita yang berani menderhaka kepada ibu bapa sama ada dengan menengking, marah atau tidak ambil peduli langsung kebajikan kedua-dua ibu bapa mereka.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Janganlah kamu berkata kepada keduanya (ibu bapa) dengan perkataan ‘ah’ dan janganlah pula kamu mengherdik mereka. Bercakaplah kepada mereka dengan perkataan yang mulia.” (Surah al-Isra’, ayat 23)

Berdasarkan firman Allah SWT ini, ulama mengeluarkan hukum hanya dengan menyebut perkataan ‘ah’ dan seumpamanya kepada kedua-dua ibu bapa boleh menyebabkan seseorang itu terjerumus dalam dosa penderhakaan.

Sesuatu yang lebih menyayat hati apabila ada anak yang sanggup berlaku ganas dengan memukul malah sanggup membunuh ibu bapa sendiri atas hasutan nafsu dan syaitan. Di manakah ihsan kita?
Sememangnya tanggungjawab menjaga ibu bapa adalah satu tugas yang berat, namun apakah sama taraf bandingnya dengan keperitan mereka lalui ketika mengandungkan, melahirkan seterusnya mendidik kita dengan didikan yang sempurna?

Direkodkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, Nabi SAW didatangi seorang lelaki untuk bersama berjihad dalam peperangan. Lalu Nabi SAW bertanya: Adakah kamu sudah meminta izin daripada kedua-dua ibu bapamu? Lantas lelaki itu menjawab: Belum. Maka Nabi SAW menyuruhnya untuk pulang meminta izin daripada kedua-duanya dan jika tidak dibenarkan untuk turut sama berperang maka Nabi SAW menyuruhnya untuk kekal berbakti kepada keduanya.

Berlaku baiklah kepada kedua-duanya walaupun sesibuk manapun kita. Jika ada perselisihan, maka berbincanglah dengan baik dan mendahulukan kehendak ibu bapa itu lebih utama berbanding kehendak diri dan keluarga kita.

Janganlah kerana kepentingan isteri dan anak, kita melupakan tanggungjawab penjagaan kedua ibu bapa. Turutilah kata mereka selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam. Jika bercanggah dengan syariat maka tolaklah dengan baik dan janganlah menderhaka kepada kedua-duanya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan apabila mereka menyuruh engkau menyekutukan-Ku dengan sesuatu yang tidak engkau ketahui maha janganlah engkau taati mereka berdua dan bergaullah dengan mereka berdua di dunia secara baik.”

Ibnu Kathir menukilkan kisah seorang sahabat, Saad bin Abi Waqqas yang menolak permintaan ibunya untuk meninggalkan agama Islam sehinggakan ibunya mengugut Saad bin Abi Waqqas untuk tidak makan dan minum sehinggalah beliau meninggalkan Islam.

Maka turunlah perintah Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah mewasiatkan kepada manusia untuk berlaku baik kepada kedua-dua ibu bapa. Jika mereka menyuruh kamu mesyirikkan-Ku dengan apa yang engkau tidak ketahui maka janganlah kamu mentaatinya.” (Surah al-‘Ankabut, ayat 8).

SUMBER : imamudasyraf.com

15o jUta


Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”


Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu


“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”


Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi


Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata


“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”


Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada


Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada


Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua