Pejam Celik..pejam Celik..Dah masuk bulan ramadhan
kan..Pelbagai amaln yang kita boleh lakukan semasa dalam tempoh bulan ini..So
cepat2 la kita mengejarnya sebelum terlambat..rugi jika tidak mengikutinya..
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak
kelebihan. Kedatangannya selepas dua
bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa
ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa
beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W
yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan,
dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. –Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim,
Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang
berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. -
Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar
Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang
mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang
telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,
Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah
bersabda yang bermaksud : Sembahyang
yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat
yang sebelumnya merupakan penebus apa
antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan :
Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu
Hurairah : Maka aku tahu perkara itu
akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai
Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu,maka apakah perjanjian
dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian
dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau
membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar
daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar
Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap
amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan
membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari
puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu)
pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang
maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad
ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah
pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang
mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu
berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat
imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan
Baihaqi-
Antara Kelebihan lain:
@Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang
tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
@Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar
dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.Digandakan pahala amalam pada
malam tersebut.
@Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan
Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan
bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
@Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
@Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan
Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu
diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
@Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika
Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang
dirinya daripada melakukan kejahatan.
No comments:
Post a Comment