Saturday, 21 July 2012

KeLeBihaN BuLaN RaMaDhaN



Pejam Celik..pejam Celik..Dah masuk bulan ramadhan kan..Pelbagai amaln yang kita boleh lakukan semasa dalam tempoh bulan ini..So cepat2 la kita mengejarnya sebelum terlambat..rugi jika tidak mengikutinya..

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya  selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi  tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila  telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan  diikat segala syaitan.  –Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W  telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan  diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn  Habban dan Baihaqi- 

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang  Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan  keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. -  Hadis riwayat Bukhari,  Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik,Ahmad dan Baihaqi- 

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :  Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus  apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus  apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa  antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan  perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah  : Maka aku tahu perkara itu akan  berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu,maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun  perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi- 

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka  dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

Antara Kelebihan lain:
@Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.

@Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.

@Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.

@Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.

@Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.

@Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

Monday, 2 July 2012

TeRiMa KaSiH CiNta




DuLu KaU SeTia DaN TaK PeRNaH BeRDuSta,
TaPi KiNi KaU MuLa MeNdUa,
TeRiMa KaSiH aTaS PeMeRGiaNMu MeNiNGGaLKaN aKU,
TeRiMa KaSiH aTaS SeGaLaNYa,
DiRi KU TeRSiKSa SeTiaP WaKTU-WaKTU BeRLaLu,
MaaFKaN DiRi iNi aNDai KaU TeRaSa,
JiKa KaU FaHaMi iSi HaTi Ku,
aNDai KaU MeNGeRTi PeRaSaaN Ku,
KaU MeMBuaT kU TaK BeRDaYa,
KaU MeMBuaT Ku TaK KeRuaN,
KaU TeLaH MeNYaKiTi kU,
KaU TeLaH MeLuKai aKU,
KaU MeNDuaKaN CiNta HaTi suCi kU,
KaU TiNGgaL KaN Ku DeNGaN CiNTa YaNg BaRU,
KaU MeRaCUNi aKU DeNGaN CiNta Mu YaNg DuSta iTU,
SeSuNGgUhNYa aKu TaK ReLa,
CuKuP PuaS KaU BuaT DiRiKU,
LuKa JiWa kU DiHiRiS PiLu,
LeBiH BaiK aKU BeRSeNDiRi DaRiPaDa TeRUS TeRLuKa DeNGaN PeRBUaTaNMu,
TaPi aKU MaSiH LaGi TeRTaNYa KeNaPa KaU SaNGGuP LakUKaN iTu PaDaKU,
aKU TeRKeDU BeRDiaM MeNaNTiKaN JaWaPaN YaNg TaK PaSTi iTU,
aKu TeRiMaNYa DeNGaN HaTi TeRBuKa,
MuNgKiN SeMUa iTU SuRaTaN aZaLi,
SeMua iTU TaK MeNGaPa BaGiKu,
aSaLKaN KaU BaHaGia DaLaM HiDuPMu,
DaN Ku iNGiN KaU TaHu aKaN Ku SiMPaN SeGaLa MeMOrY KiTa,
aKu RaSa BaGaiKaN CiNTa iNi MeMBuNuH kU,
Sia- Sia akU MeNCiNTai Mu,
DaN aKU SeTia PaDaMu,
TeTaPi aPa YaNg KaU LaKuKaN sEkaRaNg,
SeTiaP JaLaN YaNG BeRLiKU aKU TeMPuH DeNGaN KeSaBaRaN,
KaU MeMuNgKiRi JaNJi,
MeMaNG aKU BeNCi DeNGaN SiKaPMu,
TaPi aKU MeNYaYaNGi Mu,
SeBaK DaDaKu,
ReTak HaTi kU,
MuNGKiN KiNi BaRU KU SeDaR DiRiKU BUKaN UnTUk Mu LaGi,
aKU SeDaR YaNg iNDaH HaNYa SeMeNTaRa,
MuNgKiN CiNTa KiTa SaMPai SiNi SaHaJa,
BiaR aKU SiMPaN SaMPai aKHiR NaNTi,
aKaN kU SiMPaN iaNYa MeNJaDi SeJaRaH,
SeSUNggUhNya aKU TaK BiSa,
SeSuNggUHNya aKU TaK MaMPu,
BiaRLaH WaLaUPuN kU SePi,
SeDiH PeDiH Di KHiaNaTi,
CePaTLaH KaU MeNGHiLaNg,
JaNGaN LaGi KaU DaTaNg,
SeMoGa Jiwa iNi TeRuS TaBaH,
SeLaMaT TiNgGaL UNtUk SeLaMaNYa….
SeLaMa-LaMaNYa……………