Fuhhh... Menyiapkan Assignment CTU sebelum balik raya..bila da siap lega sikit.. Inilah hasilnya.. Walaupun info x berapa nak banyak tapi isi2 penting 2 banyak la jugak.. Hope dapat la tinggi ciket marks 2..hehehe..
MUKADIMAH
BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM
Alhamdulillah, kami memanjatkan sepenuh
kesyukuran dan pujian ke hadrat Allah S.W.T.
Tuhan semesta alam kerana dengan limpahan rahmat serta izin-Nya dapatlah
penulisan ini disiapkan dengan jayanya dan berjalan dengan lancar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan berbanyak-banyak
terima kasih kami tujukan kepada Ustazah
Salma selaku pensyarah kami di atas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan
kepada kami.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga
kepada pihak-pihak lain yang terlibat yang telah banyak membantu.Tidak
ketinggalan buat keluarga tercinta khususnya bonda dan ayahanda yang tidak
pernah jemu mendoakan dan memberikan dorongan selama ini. Terima kasih juga
kepada semua pensyarah-pensyarah yang pernah mencurahkan ilmu selama ini,
semoga kalian meredhai segala ilmu yang telah diberikan.
Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada
semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
penulisan ini.
PENDAHULUAN
Kelahiran
Islam di Mekah dan kemunculan kerajaan Islam pertama di Madinah merupakan titik
besejarah lahirnya satu tamadun baru yang merubah sejarah dunia selama-lamanya.
Kesannya tamadun ini Berjaya mengubah corak dan budaya hidup masyarakat
Jahiliyyah dan Geo-politik dunia. Di bawah asuhan dan bimbingan Rasulullah
S.A.W bersama para sahabat R.A, penduduk tanah arab yang terdiri daripada
pelbagai bangsa, keturunan dan budaya Berjaya disatukan dengan ikatan akidah
dan Ukhuwwah Islamiyyah. Bermula dari abad ke-7 hingga ke-18M dunia telah
didominasi dan dicorak oleh Tamadun Islam. Kejayaan dan kegemilangan yang
dicapai Tamadun Islam adalah berasaskan kepada nilai-nilai yang terkandung
dalam ajaran Islam sendiri. Penumpuan umat Islam terhadap kitab suci Al-Quran
menjadi punca serta asas kemajuan umat dan Tamadun Islam.
Penduduk
arab sebelum kedatangan Islam menganuti pelbagai kepercayaan dan agama. Agama
yang mereka anuti adalah seperti agama yang telah diubahsuai dari agama samawi
iaitu ajaran Nabi Isa A.S dan ajaran Nabi Musa A.S serja ajaran sebelum mereka
yang dibawa oleh Nabi Ibrahim A.S. Kepercayaan-kepercayaan lain yang diamalkan
seperti menyembah berhala, api, matahari dan lain-lain yang disebut sebagai
amalan jahiliyyah. Jahiliyyah bererti jahil, bodoh, tidak mengetahui apa-apa
dan tidak berilmu pengetahuan. Dari segi terminologi jahiliyyah merujuk kepada
kejahilian masyarakat Arab sebelum Islam dalam bidang akhlak dan keagamaan
kerana dalam bidang lain mereka telah mengapai kemajuan seperti perniagaan,
binaan, kesusasteraan pertanian, dan sastera.
Tamadun Arab jahiliyyah sebelum kedatangan Islam telah mempunyai tamadun
dalam bidang kehidupan yang dikenali dengan nama Arab hadari di kawasan Hijaz. Mereka hidup secara berpindah randah
dan berpuak-puak dan wujudnya satu pemerintahan. Syeikh al-Qabilah dianggap
sebagai raja, hakim, penguasa perbendaharaan dan ketua tentera. Mereka hidup
mewah terutama dalam bidang pertanian serta perdagangan dan kegiatan perniagaan
tertumpu di Mekah, Syam dan Yaman. Dalam bidang kesusasteraan diadakan
pertandingan mencita dan mengarang syair serta sajak pada setiap musim.
Tamadun Islam bermula apabila berlaku peristiwa penerimaan wahyu pertama
Rasulullah S.A.W daripada Allah SWT pada bulan Ramadan tahun 610M. Perkembangan
tamadun Islam di dunia Arab terbahagi kepada empat peringkat iaitu Zaman
Rasulullah S.A.W dan Khulafa’ al-Rashidin R.A (610-661M), Zaman Kerajaan Bani
Umayyah (661-750M), Zaman Kerajaan Abbasiyyah (750-1285M), dan Zaman Kerajaan
Uthmaniyyah (1258-1924M).
PERKEMBANGAN
TAMADUN
(zaman
khulafa’ al-Rasyidin R.A)
Selepas kewafatan Baginda SAW pada tahun
632M, kerajaan Islam dipimpin oleh para sahabat Baginda yang dikenali sebagai
Khulafa’ al-Rasyidin. Zaman ini bermula daripada tahun 632-661M dan ditadbir
empat orang khalifah iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq R.A (632-634M),
Khalifah Umar Bin al-Khattab R.A (634-644M), Khalifah Uthman Bin Affan
(644-656M), dan Khalifah Ali Bin Abi Talib K.W (656-634M). Zaman ini
menjelaskan keempat-empat khalifah meneruskan segala usaha dakwah yang
dilakukan oleh Rasulullah SAW serta meletakkan al-Quran dan Hadis sebagai
rujukan dan asas dalam menjalan urusan pemerintahan.
Secara umumnya, tiada perubahan besar
berlaku terutama pada peringkat dasar Cuma beberapa penambahan dan pembaharuan
teknikal yang difikirkan bersasuaian dengan suasana persekitaran ketika itu. Antaranya
ialah:
Ø Institusi
Khalifah
Ø Al-Wazarah
(Kementrian)
Ø Sistem Kehakiman
Ø Sistem
Perundangan
Ø Majlis Syura
Ø Senibina
1. Institusi
Khalifah
Institusi
khalifah diperkenalkan dalam pemerintahan Negara Islam. Ia mula digunakan oleh
Abu Bakar al-Siddiq R.A dengan gelaran Khalifah Rasulullah, Umar al-Khattab R.A
memakai gelaran Amirul Mukminin dan Khalifah Ali Bin Abi Talib menggunakan
gelaran Imam. Jawatan khalifah ini diberikan kepada pengganti Rasulullah SAW
dalam menguruskan urusan agama dan pentadbiran Negara.
2. Al-Wazarah
(Kementerian)
Di
zaman Khulafa al-Rasyidin, institusi al-wazarah diteruskan seperti di zaman
Rasulullah SAW walaupun ia tidak diiktiraf secara rasmi. Di zaman Khalifah Abu
Bakar al-Siddiq R.A, Umar Bin al-Khattab R.A menjadi wazir(menteri) kepada
beliau dan Uthman Bin Affan R.A serta Ali Bin Abi Talib K.W menjadi wazir
kepada khalifah Umar al-Khattab R.A.
3. Sistem kehakiman
Di
zaman pemerintahan Khalifah Uthman Bin Affan R.A, beliau mendirikan pejabat
keadilan (mahkamah) untuk menyelesaikan masalah-masalah hokum Qadi dan pegawai
yang bertugan di pejabat ini dibayar gaji daripada peruntukan baitulmal. Semasa pemerintahan Khalifah Ali Bin Abi
Talib K.W beliau masih meneruskan dasar yang dijalankan oleh khalifah-khalifah
sebelumnya. Sepanjang zaman pemerintahn khulafa’ al-Rasyidin , sebahagian besar
kuasa kehakiman berada di tangan khalifah walaupun qadi-qadi dilantik.
4. Sistem Perundangan
Perjalanan
sistem perundangan pada zaman pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin sama sahaja
dengan zaman Rasulullah SAW kecuali perkara yang tidak ada nas yang tepat di
dalam Al-Quran dan Hadis. Para khalifah menggunakan kaedah berjihat untuk
mengatasi masalah ini. Kuasa mutlak perundangan pada zaman ini terletak kepada
Al-Quran dan Hadis dan kuasa penyampaian hokum-hukum, menjelaskan nas-nas dan
melaksanakan hokum-hukum terletak pada ulama di kalangan para sahabat.
Kadang-kadang hak itu diambil alih oleh khalifah dan gabenor. Apabila
wilayah-wilayah Islam semakin luas, para ulama yang sebelum ini berkumpul di
Madinah telah berpecah ke wilayah-wilayah Islam yang baru dibuka. Situasi ini
telah menyebabkan perubahan berlaku di mana kuasa perundangan yang sebelum ini
berada kepada kumpulan ulama telah bertukar kepada individu-individu.
5. Majlis Syura
Majlis
Syura yang dilakukan Nabi Muhammad SAW masih diteruskan di zaman khulafa’
al-Rasyidin. Majlis ini dianggotai oleh para sahabat yang terdekat dengan
Rasulullah SAW kerana mereka tediri daripada individu yang aktif dan arif
dengan dasar pemerintahan Baginda SAW. Majlis ini menjadi badan penasihat
apabila dirujuk oleh khulafa’ al-Rasyidin dalam urusan pemerintahan Negara.
Jumlah ahli majlis syura bergantung kepada keperluan semasa. Pada zaman
Rasulullah SAW dan khulafa’ al-Rasyidin khususnya pada zaman Umar al-khattab
R.A terdapat enam orang ahli yang terdiri daripada ulama, ketua Muhajirin,
krtua Ansar, panglima tentera dan panglima tentera tertinggi.
6. Senibina
Senibina
pada zaman ini merupakan gabungan diantara pembangunan fizikal dengan keimanan,
ketakwaan dan akhlak yang tinggi. Di dalam bangunan-bangunan masjid dihiasi
dengan ayat-ayat Al-Quran yang berukir indah. Di peringkat permulaan, pembinaan
masjid yang memiliki seni indah hanya mengutamakan menara. Pembinaan masjid
pertama yang mempunyai menara adalah Basrah. Sebelum ini, pembinaan
masjid-masjid masih bercirikan kepada ciri pada zaman Rasulullah SAW dan diadunkan
denganciri-ciri senibina baru seperti seni khat, ukiran dan hiasan dalamannya.
Pada zaman ini juga mimbar yang telah pun dibina di dalam masjid pada zaman
Rasulullah SAW telah mula diukir dengan khat yang cantik dan ukiran yang
berseni.
Khalifah Uthman Bin
Affan R.A
RIWAYAT HIDUP:
ü Namanya ialah Uthman Bin Affan Bin Abu al-‘As.
ü Dilahirkan lima tahun selepas kelahiran Nabi
Muhammad SAW.
ü Beliau berketurunan Bani Umaiyah.
ü Beliau seorang pembesar Quraisy yang terkenal.
ü Digelar Zu An-Nurain kerana berkahwin dengan dua
orang puteri Rasulullah SAW.
ü Wafat pada tahun 35 Hijrah ketika berusia 80
tahun kerana ditikam oleh Abu Lukluk.
SIFAT PERIBADI:
ü Seorang yang zuhud dan dermawan.
ü Berani menegakkan Islam.
ü Tegas dan bertanggungjawab.
ü Berfikiran kreatif.
PERLANTIKAN MENJADI KHALIFAH:
ü Pemilihan dari enam orang sahabat termasuk
Uthman Bin Affan R.A.
ü Apabila semuanya menarik diri , Abdul Rahman
mengisytiharkan Uthman Bin Affan Bin Abu al-‘As sebagai khalifah.
ü Perlantikan tersebut disokong oleh orang ramai.
POLISI PENTADBIRAN:
Beliau membuka peluang kepada orang islam yang
ingin berjihad untuk menyebarkan ajaran islam. Para sahabat telah dibenarkan keluar
atau meninggalkan Kota Madinah. Beliau telah melonggarkan syarat penggunaan
harta Baitulmal.banyak gabenor yang telah dilantik dalam kalangan Bani Umaiyah
berdasarkan kelayakan mereka. Beliau menetapkan bahawa Al-Quran hendaklah
dibaca dalam “Lahjah Quraisy”
SUMBANGAN:
Tidak
banyak perubahan yang berlaku pada zaman Khalifah Uthman Bin Affan R.A. Hampir
semuanya mengikuti warisan peninggalan khalifah-khalifah terdahulu. Aktiviti
terbesar yang dilakukan di zaman beliau ialah penulisan Al-Quran yang lebih
sistematik. Al-Quran telah dibukukan berpandukan kepada bacaan pembaca-pembaca
yang terkenal. Sebanyak enam salinan dibuat dan dikirimkan ke Mekah, Basrah,
Kufah dan Syria. Dua buah lagi disimpan di Madinah, sebuah untuk Negara dan
sebuah lagi untuk khalifah. Semua umat Islam diperintahkan mengikut bacaan
Al-Quran yang telah ditentukan. Inilah sumbangan paling berharga daripada
khalifah Uthman Bin Affan R.A yang kekal hingga kini. Ia dikenali sebagai
Mashaf Uthmani. Beliau juga menggunakan harta kekeyaan beliau untuk
kesejahteraan dan keamanan Negara.
Pada zaman pemerintahan khalifah Uthman Bin
Affan R.A banyak berlaku pembukaan daerah dan negeri. Seluruh tanah Parsi,
Tabristan, Azerbaijan dan Armania Berjaya ditakluki. Pada masa pemerintahannya
juga armada laut Islam yang pertama ditubuhkan bertujuan untuk menyerang Rom
Timur. Angkatan laut tersebut Berjaya menakluki beberapa negeri di Asia Kecil,
di Pesisir Laut Hitam, pulau Cyprus dan Rhodus. Panglima Laut Islam yang
peryama ialah Abdullah Bin Qasy Harith yang pernah melancarkan sebanyak 50
serangan ke atas beberapa sasaran tentera Rom. Akhirnya Islam ke China.
Khalifah Ali Bin Abi Talib R.A
RIWAYAT HIDUP:
ü Namanya ialah Ali Bin Abi Talib Bin Abdul
Mutalib Bin Hasyim.
ü Dilahirkan pada tahun ke-10sebelum kerasulan
Nabi Muhammad SAW.
ü Beliau adalah kanak-kanak yang terawal memeluk
islam.
ü Beliau merupakan khalifah yang teakhir
memerintah Negara Islam.
ü Beliau wafat pada tahun 40 hijrah.
PERLANTIKAN MENJADI KHALIFAH:
ü Atas pemilihan orang ramaiuntuk menyelesaikan
pergaduhan antara orang Islam ekoran daripada pembunuhan Khalifah Uthman Bin
Affan.
ü Perlantikan tersebut tidak dipersetujui oleh
keluarga Umaiyah.
POLISI PENTADBIRAN:
Khalifah Ali Bin Abi Talib memecat
pegawai-pegawai kerajaan yang berketurunan Umaiyah termasuk Muawiyah Bin Abi
Sufiyan (gabenor di syam) dan ditukar dengan pegawai-pegawai baru. Beliau
meneruskan majlis Tahkim walaupun tidak dipersetujui oleh golongan khawarij.
SUMBANGAN:
Tidak banyak pembaharuan dapat dilakukan pada
Zaman Khalifah Ali Bin Abu Talib R.A kerana beliau sibuk menghapuskan
pemberontakan yang timbul. Walaupun begitu beliau sempat mentamadunkan
pentadbiran Negara dengan menubuh dan menyusun pasukan polis yang diberi nama
al-syurtah. Tugasannya adalah mengendalikan perkara berkaitan jenayah yang
berlaku di tempat umum terutama di pasir besar. Beliau juga melengkapkan
angkatan bersenjata dengan menubuhkan beberapa pasukan bersenjata seperti
angkatan berkuda, angkatan berjalan kaki, angkatan perisik yang terdiri
daripada angkatan perisit sayap kanan, kiri dan belakang. Rakyat yang
berkhidmat dalam angkatan senjata ini diberi peruntukan gaji sebanyak 600
dirham ditambah dengan wang kebajikan untuk keluarga masing-masing. Pada masa
pemerintahannya juga ilmu sains dan matemetik juga mula diperkenalkan.
KESAN POSITIF
KEPIMPINAN Khulafa’ Al-Rasyidin
Aspek
|
Kesan Positif
|
1)
Corak kepimpinan
|
·
Membuktikan
bahawa pemimpin Negara adalah ketua agama yang mendaulatkan syariat Islam.
|
2)
Sifat
pemimpin
|
·
Hanya
pemimpin yang berakhlak, berwawasan, dan bertanggungjawab sahaja layak
dipilih sebagai ketua untuk memajukan Negara
|
3)
Pertahanan
|
·
Usaha
mempertahankan Negara daripada serangan musuh diberi penekanan penting.
|
4)
Ekonomi
|
·
Kestabilan
rakyat dapat diwujudkan apabila dasar ekonomi Negara digubal secara adil.
|
5)
Sosial
|
·
Kepentingan
ilmu akli dan nakil
·
Rakyat diberikan
layanan yang adil.
·
Kebajikan
golongan fakir dan miskin diutamakan.
|
KEMAJUAN SOSIAL
PENDUDUK:
Masyarakat islam pada zaman ini hidup dalam
keadaan aman dan harmoni. Terdapat tiga golongan masyarakat iaitu masyarakat
Islam di Semenanjung Tanah Arab yang memeluk Islam di zaman Rasulullah SAW,
masyarakat Islam yang berada di luar Tanah Arab yang memeluk Islam pada zamanp
peluasan kuasa Kerajaan Khulafa’ al-Rasyidin dan golongan bukan Islam yang
mendapat perlindungan(Kafir Zimmi). Semua golongan masyarakat ini diberi hak
dan kebebasan yang sama rata dalam Negara.
PENYEBARAN PENDIDIKAN:
Masjid merupakan institusi pendidikan yang
penting. Kuttab ialah tempat belajar di kawasan masjid untuk kanak-kanak belajar
membaca, menulis, mengira dan menghafaz Al-Quran.
KEBAJIKAN DAN KEADILAN:
Pemerintahan khulafa al-Rasyidin sentiasa
menjaga kebajikan rakyat sama ada yang beragama Islam atau yang tidak beragama
Islam. Khalifah Umar bin Al-khattab contohnya, amat bertanggungjawab dan
bersikap adil terhadap rakyat. Dalam menguatkuasakan undang-undang, beliau
tidak memilih pangkat dan kedudukan seseorang. Beliau mengambil semua
tanah-tanah milik sahabat menjadi milik Negara berdasarkan kanun Tanah Negara.
Beliau juga memensuhkan cukai jizyah seorang Yahudi tua yang miskin.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Saidina Uthman dan
Saidina Ali merupakan Khalifah yang hebat dimana sewaktu era pemerintahannya. Pelbagai
jasa dan sumbangan yang mereka lakukan demi mempertahankan agama Allah (agama
Islam). Perkembangan islam pada zaman Saidina Uthman dan Saidina Ali tidak
begitu banyak dan meluas, malah dengan adanya mereka islam dapat dijaga dan
dikembangkan sehingga ke hari ini. Secara umumnya, tiada perubahan besar
berlaku terutama pada peringkat dasar. Cuma beberapa penambahan dan pembaharuan
teknikal yang difikirkan bersasuaian dengan suasana persekitaran ketika itu. Antaranya
ialah Institusi Khalifah, Al-Wazarah (Kementrian), Sistem Kehakiman, Sistem
Perundangan, Majlis Syura dan senibina.