Saturday, 18 August 2012

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiL FiTRi



Assalammualaikum..Di kesempatan ini fyerra ingin menyusun 10 jari memohon ampun andai terkasar bahasa, terguris hati, termakan or terminum, terambil, terpinjam dan segala ter2 yang lain lagi...maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki...Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin...Kalau ada salah dan silap harap dimaafi terutama kepada keluarga, MAK, AYAH, YOP, NYAH, NANA dan siapa yang mengenali diri fyerra secara sengaja atau tidak, member2 facebook, twetter, yahoo, twoo, skype dan lain2 yang mengenali fyerra..mungkin dalam bergurau senda ada terkasar bahasa or terlampau cara..Kepada kawan2 sepejuangan di SK TIWA, SMK TIWA, UITM PERAK, jiran2, sanak saudara, sepupu sepapat, makcik pakcik, anak2 sdara Selamat Hari Raya diucapkan tak kira di mana anda berada..Yang pulang ke kampoung tu berhati2 di jalan raya..ingat orang yang tersayang..Akhir sekali Jemput lah beraya di rumah, pelbagai kuih muih, biskut2 disediakan..SeLaMaT HaRi RaYa MaaF ZaHiR DaN BaTiN...


Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan.

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan.

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah.

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia.

Bunga selasih di tepi pohon
Harum menyerbak ke lubuk hati
Salam kasih maaf dipohon
Tanda cinta subur dihati.

Berjabat salam rindu diakrabi
Senyum ikhlas jujur mengiringi
Salah dan silap mohon dimaafi
Bekalan ke akhirat sebelum mati.

Burung undan di pucuk meranti
Merenung laut ikan dinanti
Rahmat Ramadan kita penuhi
Aidilfitri tanda jiwa mensyukuri.

My Lovely BeaR..

assalammualaikum..Hai semua..Puasa x ary ny???
haaa sape yang x puasa tu x boleh raya..hahaha...
ny fyerra nak promote bear2 kesayangan fyerra..
comel2 belaka hadiah pemberian dari mereka2 yang tersaYaNg..=)


Saturday, 11 August 2012

Perkembangan Islam Pada Zaman Saidina Ali Dan Saidina Uthman


Fuhhh... Menyiapkan Assignment CTU sebelum balik raya..bila da siap lega sikit.. Inilah hasilnya.. Walaupun  info x berapa nak banyak tapi isi2 penting 2 banyak la jugak.. Hope dapat la tinggi ciket marks 2..hehehe..


MUKADIMAH

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM
Alhamdulillah, kami memanjatkan sepenuh kesyukuran dan pujian ke hadrat Allah S.W.T.  Tuhan semesta alam kerana dengan limpahan rahmat serta izin-Nya dapatlah penulisan ini disiapkan dengan jayanya dan berjalan dengan lancar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan berbanyak-banyak terima kasih kami  tujukan kepada Ustazah Salma selaku pensyarah kami di atas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan kepada kami.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada pihak-pihak lain yang terlibat yang telah banyak membantu.Tidak ketinggalan buat keluarga tercinta khususnya bonda dan ayahanda yang tidak pernah jemu mendoakan dan memberikan dorongan selama ini. Terima kasih juga kepada semua pensyarah-pensyarah yang pernah mencurahkan ilmu selama ini, semoga kalian meredhai segala ilmu yang telah diberikan.
Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan ini.


PENDAHULUAN

    Kelahiran Islam di Mekah dan kemunculan kerajaan Islam pertama di Madinah merupakan titik besejarah lahirnya satu tamadun baru yang merubah sejarah dunia selama-lamanya. Kesannya tamadun ini Berjaya mengubah corak dan budaya hidup masyarakat Jahiliyyah dan Geo-politik dunia. Di bawah asuhan dan bimbingan Rasulullah S.A.W bersama para sahabat R.A, penduduk tanah arab yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan budaya Berjaya disatukan dengan ikatan akidah dan Ukhuwwah Islamiyyah. Bermula dari abad ke-7 hingga ke-18M dunia telah didominasi dan dicorak oleh Tamadun Islam. Kejayaan dan kegemilangan yang dicapai Tamadun Islam adalah berasaskan kepada nilai-nilai yang terkandung dalam ajaran Islam sendiri. Penumpuan umat Islam terhadap kitab suci Al-Quran menjadi punca serta asas kemajuan umat dan Tamadun Islam.
    Penduduk arab sebelum kedatangan Islam menganuti pelbagai kepercayaan dan agama. Agama yang mereka anuti adalah seperti agama yang telah diubahsuai dari agama samawi iaitu ajaran Nabi Isa A.S dan ajaran Nabi Musa A.S serja ajaran sebelum mereka yang dibawa oleh Nabi Ibrahim A.S. Kepercayaan-kepercayaan lain yang diamalkan seperti menyembah berhala, api, matahari dan lain-lain yang disebut sebagai amalan jahiliyyah. Jahiliyyah bererti jahil, bodoh, tidak mengetahui apa-apa dan tidak berilmu pengetahuan. Dari segi terminologi jahiliyyah merujuk kepada kejahilian masyarakat Arab sebelum Islam dalam bidang akhlak dan keagamaan kerana dalam bidang lain mereka telah mengapai kemajuan seperti perniagaan, binaan, kesusasteraan pertanian, dan sastera.

    Tamadun Arab jahiliyyah sebelum kedatangan Islam telah mempunyai tamadun dalam bidang kehidupan yang dikenali dengan nama Arab hadari di kawasan Hijaz. Mereka hidup secara berpindah randah dan berpuak-puak dan wujudnya satu pemerintahan. Syeikh al-Qabilah dianggap sebagai raja, hakim, penguasa perbendaharaan dan ketua tentera. Mereka hidup mewah terutama dalam bidang pertanian serta perdagangan dan kegiatan perniagaan tertumpu di Mekah, Syam dan Yaman. Dalam bidang kesusasteraan diadakan pertandingan mencita dan mengarang syair serta sajak pada setiap musim.
    Tamadun Islam bermula apabila berlaku peristiwa penerimaan wahyu pertama Rasulullah S.A.W daripada Allah SWT pada bulan Ramadan tahun 610M. Perkembangan tamadun Islam di dunia Arab terbahagi kepada empat peringkat iaitu Zaman Rasulullah S.A.W dan Khulafa’ al-Rashidin R.A               (610-661M), Zaman Kerajaan Bani Umayyah (661-750M), Zaman Kerajaan Abbasiyyah (750-1285M), dan Zaman Kerajaan Uthmaniyyah (1258-1924M).


PERKEMBANGAN TAMADUN
(zaman khulafa’ al-Rasyidin R.A)

    Selepas kewafatan Baginda SAW pada tahun 632M, kerajaan Islam dipimpin oleh para sahabat Baginda yang dikenali sebagai Khulafa’ al-Rasyidin. Zaman ini bermula daripada tahun 632-661M dan ditadbir empat orang khalifah iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq R.A (632-634M), Khalifah Umar Bin al-Khattab R.A (634-644M), Khalifah Uthman Bin Affan (644-656M), dan Khalifah Ali Bin Abi Talib K.W (656-634M). Zaman ini menjelaskan keempat-empat khalifah meneruskan segala usaha dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW serta meletakkan al-Quran dan Hadis sebagai rujukan dan asas dalam menjalan urusan pemerintahan.
    Secara umumnya, tiada perubahan besar berlaku terutama pada peringkat dasar Cuma beberapa penambahan dan pembaharuan teknikal yang difikirkan bersasuaian dengan suasana persekitaran ketika itu. Antaranya ialah:
Ø Institusi Khalifah
Ø Al-Wazarah (Kementrian)
Ø Sistem Kehakiman
Ø Sistem Perundangan
Ø Majlis Syura
Ø Senibina
  


1.   Institusi Khalifah

Institusi khalifah diperkenalkan dalam pemerintahan Negara Islam. Ia mula digunakan oleh Abu Bakar al-Siddiq R.A dengan gelaran Khalifah Rasulullah, Umar al-Khattab R.A memakai gelaran Amirul Mukminin dan Khalifah Ali Bin Abi Talib menggunakan gelaran Imam. Jawatan khalifah ini diberikan kepada pengganti Rasulullah SAW dalam menguruskan urusan agama dan pentadbiran Negara.


2.   Al-Wazarah (Kementerian)

Di zaman Khulafa al-Rasyidin, institusi al-wazarah diteruskan seperti di zaman Rasulullah SAW walaupun ia tidak diiktiraf secara rasmi. Di zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq R.A, Umar Bin al-Khattab R.A menjadi wazir(menteri) kepada beliau dan Uthman Bin Affan R.A serta Ali Bin Abi Talib K.W menjadi wazir kepada khalifah Umar al-Khattab R.A.


3.   Sistem kehakiman

Di zaman pemerintahan Khalifah Uthman Bin Affan R.A, beliau mendirikan pejabat keadilan (mahkamah) untuk menyelesaikan masalah-masalah hokum Qadi dan pegawai yang bertugan di pejabat ini dibayar gaji daripada peruntukan baitulmal.  Semasa pemerintahan Khalifah Ali Bin Abi Talib K.W beliau masih meneruskan dasar yang dijalankan oleh khalifah-khalifah sebelumnya. Sepanjang zaman pemerintahn khulafa’ al-Rasyidin , sebahagian besar kuasa kehakiman berada di tangan khalifah walaupun qadi-qadi dilantik.
4.   Sistem Perundangan

Perjalanan sistem perundangan pada zaman pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin sama sahaja dengan zaman Rasulullah SAW kecuali perkara yang tidak ada nas yang tepat di dalam Al-Quran dan Hadis. Para khalifah menggunakan kaedah berjihat untuk mengatasi masalah ini. Kuasa mutlak perundangan pada zaman ini terletak kepada Al-Quran dan Hadis dan kuasa penyampaian hokum-hukum, menjelaskan nas-nas dan melaksanakan hokum-hukum terletak pada ulama di kalangan para sahabat. Kadang-kadang hak itu diambil alih oleh khalifah dan gabenor. Apabila wilayah-wilayah Islam semakin luas, para ulama yang sebelum ini berkumpul di Madinah telah berpecah ke wilayah-wilayah Islam yang baru dibuka. Situasi ini telah menyebabkan perubahan berlaku di mana kuasa perundangan yang sebelum ini berada kepada kumpulan ulama telah bertukar kepada individu-individu.

5.   Majlis Syura

Majlis Syura yang dilakukan Nabi Muhammad SAW masih diteruskan di zaman khulafa’ al-Rasyidin. Majlis ini dianggotai oleh para sahabat yang terdekat dengan Rasulullah SAW kerana mereka tediri daripada individu yang aktif dan arif dengan dasar pemerintahan Baginda SAW. Majlis ini menjadi badan penasihat apabila dirujuk oleh khulafa’ al-Rasyidin dalam urusan pemerintahan Negara. Jumlah ahli majlis syura bergantung kepada keperluan semasa. Pada zaman Rasulullah SAW dan khulafa’ al-Rasyidin khususnya pada zaman Umar al-khattab R.A terdapat enam orang ahli yang terdiri daripada ulama, ketua Muhajirin, krtua Ansar, panglima tentera dan panglima tentera tertinggi.
6.   Senibina

Senibina pada zaman ini merupakan gabungan diantara pembangunan fizikal dengan keimanan, ketakwaan dan akhlak yang tinggi. Di dalam bangunan-bangunan masjid dihiasi dengan ayat-ayat Al-Quran yang berukir indah. Di peringkat permulaan, pembinaan masjid yang memiliki seni indah hanya mengutamakan menara. Pembinaan masjid pertama yang mempunyai menara adalah Basrah. Sebelum ini, pembinaan masjid-masjid masih bercirikan kepada ciri pada zaman Rasulullah SAW dan diadunkan denganciri-ciri senibina baru seperti seni khat, ukiran dan hiasan dalamannya. Pada zaman ini juga mimbar yang telah pun dibina di dalam masjid pada zaman Rasulullah SAW telah mula diukir dengan khat yang cantik dan ukiran yang berseni.



Khalifah Uthman Bin Affan R.A

RIWAYAT HIDUP:
ü Namanya ialah Uthman Bin Affan Bin Abu al-‘As.
ü Dilahirkan lima tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW.
ü Beliau berketurunan Bani Umaiyah.
ü Beliau seorang pembesar Quraisy yang terkenal.
ü Digelar Zu An-Nurain kerana berkahwin dengan dua orang puteri Rasulullah SAW.
ü Wafat pada tahun 35 Hijrah ketika berusia 80 tahun kerana ditikam oleh Abu Lukluk.

SIFAT PERIBADI:
ü Seorang yang zuhud dan dermawan.
ü Berani menegakkan Islam.
ü Tegas dan bertanggungjawab.
ü Berfikiran kreatif.

PERLANTIKAN MENJADI KHALIFAH:
ü Pemilihan dari enam orang sahabat termasuk Uthman Bin Affan R.A.
ü Apabila semuanya menarik diri , Abdul Rahman mengisytiharkan Uthman Bin Affan Bin Abu al-‘As sebagai khalifah.
ü Perlantikan tersebut disokong oleh orang ramai.

POLISI PENTADBIRAN:
Beliau membuka peluang kepada orang islam yang ingin berjihad untuk menyebarkan ajaran islam. Para sahabat telah dibenarkan keluar atau meninggalkan Kota Madinah. Beliau telah melonggarkan syarat penggunaan harta Baitulmal.banyak gabenor yang telah dilantik dalam kalangan Bani Umaiyah berdasarkan kelayakan mereka. Beliau menetapkan bahawa Al-Quran hendaklah dibaca dalam “Lahjah Quraisy”

SUMBANGAN:
    Tidak banyak perubahan yang berlaku pada zaman Khalifah Uthman Bin Affan R.A. Hampir semuanya mengikuti warisan peninggalan khalifah-khalifah terdahulu. Aktiviti terbesar yang dilakukan di zaman beliau ialah penulisan Al-Quran yang lebih sistematik. Al-Quran telah dibukukan berpandukan kepada bacaan pembaca-pembaca yang terkenal. Sebanyak enam salinan dibuat dan dikirimkan ke Mekah, Basrah, Kufah dan Syria. Dua buah lagi disimpan di Madinah, sebuah untuk Negara dan sebuah lagi untuk khalifah. Semua umat Islam diperintahkan mengikut bacaan Al-Quran yang telah ditentukan. Inilah sumbangan paling berharga daripada khalifah Uthman Bin Affan R.A yang kekal hingga kini. Ia dikenali sebagai Mashaf Uthmani. Beliau juga menggunakan harta kekeyaan beliau untuk kesejahteraan dan keamanan Negara.
     Pada zaman pemerintahan khalifah Uthman Bin Affan R.A banyak berlaku pembukaan daerah dan negeri. Seluruh tanah Parsi, Tabristan, Azerbaijan dan Armania Berjaya ditakluki. Pada masa pemerintahannya juga armada laut Islam yang pertama ditubuhkan bertujuan untuk menyerang Rom Timur. Angkatan laut tersebut Berjaya menakluki beberapa negeri di Asia Kecil, di Pesisir Laut Hitam, pulau Cyprus dan Rhodus. Panglima Laut Islam yang peryama ialah Abdullah Bin Qasy Harith yang pernah melancarkan sebanyak 50 serangan ke atas beberapa sasaran tentera Rom. Akhirnya Islam ke China.


Khalifah Ali Bin Abi Talib R.A

RIWAYAT HIDUP:
ü Namanya ialah Ali Bin Abi Talib Bin Abdul Mutalib Bin Hasyim.
ü Dilahirkan pada tahun ke-10sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW.
ü Beliau adalah kanak-kanak yang terawal memeluk islam.
ü Beliau merupakan khalifah yang teakhir memerintah Negara Islam.
ü Beliau wafat pada tahun 40 hijrah.

PERLANTIKAN MENJADI KHALIFAH:
ü Atas pemilihan orang ramaiuntuk menyelesaikan pergaduhan antara orang Islam ekoran daripada pembunuhan Khalifah Uthman Bin Affan.
ü Perlantikan tersebut tidak dipersetujui oleh keluarga Umaiyah.

POLISI PENTADBIRAN:
Khalifah Ali Bin Abi Talib memecat pegawai-pegawai kerajaan yang berketurunan Umaiyah termasuk Muawiyah Bin Abi Sufiyan (gabenor di syam) dan ditukar dengan pegawai-pegawai baru. Beliau meneruskan majlis Tahkim walaupun tidak dipersetujui oleh golongan khawarij.

SUMBANGAN:
Tidak banyak pembaharuan dapat dilakukan pada Zaman Khalifah Ali Bin Abu Talib R.A kerana beliau sibuk menghapuskan pemberontakan yang timbul. Walaupun begitu beliau sempat mentamadunkan pentadbiran Negara dengan menubuh dan menyusun pasukan polis yang diberi nama al-syurtah. Tugasannya adalah mengendalikan perkara berkaitan jenayah yang berlaku di tempat umum terutama di pasir besar. Beliau juga melengkapkan angkatan bersenjata dengan menubuhkan beberapa pasukan bersenjata seperti angkatan berkuda, angkatan berjalan kaki, angkatan perisik yang terdiri daripada angkatan perisit sayap kanan, kiri dan belakang. Rakyat yang berkhidmat dalam angkatan senjata ini diberi peruntukan gaji sebanyak 600 dirham ditambah dengan wang kebajikan untuk keluarga masing-masing. Pada masa pemerintahannya juga ilmu sains dan matemetik juga mula diperkenalkan.

KESAN POSITIF KEPIMPINAN    Khulafa’ Al-Rasyidin
Aspek
Kesan Positif
1)       Corak kepimpinan
·        Membuktikan bahawa pemimpin Negara adalah ketua agama yang mendaulatkan syariat Islam.
2)    Sifat pemimpin
·        Hanya pemimpin yang berakhlak, berwawasan, dan bertanggungjawab sahaja layak dipilih sebagai ketua untuk memajukan Negara
3)     Pertahanan
·        Usaha mempertahankan Negara daripada serangan musuh diberi penekanan penting.
4)    Ekonomi
·        Kestabilan rakyat dapat diwujudkan apabila dasar ekonomi Negara digubal secara adil.
5)     Sosial
·        Kepentingan ilmu akli dan nakil
·        Rakyat diberikan layanan yang adil.
·        Kebajikan golongan fakir dan miskin diutamakan.


KEMAJUAN SOSIAL

PENDUDUK:
Masyarakat islam pada zaman ini hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Terdapat tiga golongan masyarakat iaitu masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab yang memeluk Islam di zaman Rasulullah SAW, masyarakat Islam yang berada di luar Tanah Arab yang memeluk Islam pada zamanp peluasan kuasa Kerajaan Khulafa’ al-Rasyidin dan golongan bukan Islam yang mendapat perlindungan(Kafir Zimmi). Semua golongan masyarakat ini diberi hak dan kebebasan yang sama rata dalam Negara.

PENYEBARAN PENDIDIKAN:
Masjid merupakan institusi pendidikan yang penting. Kuttab ialah tempat belajar di kawasan masjid untuk kanak-kanak belajar membaca, menulis, mengira dan menghafaz Al-Quran.

KEBAJIKAN DAN KEADILAN:
Pemerintahan khulafa al-Rasyidin sentiasa menjaga kebajikan rakyat sama ada yang beragama Islam atau yang tidak beragama Islam. Khalifah Umar bin Al-khattab contohnya, amat bertanggungjawab dan bersikap adil terhadap rakyat. Dalam menguatkuasakan undang-undang, beliau tidak memilih pangkat dan kedudukan seseorang. Beliau mengambil semua tanah-tanah milik sahabat menjadi milik Negara berdasarkan kanun Tanah Negara. Beliau juga memensuhkan cukai jizyah seorang Yahudi tua yang miskin.


KESIMPULAN

     Kesimpulannya, Saidina Uthman dan Saidina Ali merupakan Khalifah yang hebat dimana sewaktu era pemerintahannya. Pelbagai jasa dan sumbangan yang mereka lakukan demi mempertahankan agama Allah (agama Islam). Perkembangan islam pada zaman Saidina Uthman dan Saidina Ali tidak begitu banyak dan meluas, malah dengan adanya mereka islam dapat dijaga dan dikembangkan sehingga ke hari ini. Secara umumnya, tiada perubahan besar berlaku terutama pada peringkat dasar. Cuma beberapa penambahan dan pembaharuan teknikal yang difikirkan bersasuaian dengan suasana persekitaran ketika itu. Antaranya ialah Institusi Khalifah, Al-Wazarah (Kementrian), Sistem Kehakiman, Sistem Perundangan, Majlis Syura dan senibina. 

Maksud Bulan Kelahiran Mengikut Islam


Anda tidak tahu bulan kelahiran islam anda. ( klik disini )

Muharram
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.

RabiulAwal
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.

RabiulAkhir
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JamadilAwal
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .

JamadilAkhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .

Syaaban
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan.