Saturday, 23 June 2012

Hancur Lagi..

Hurrmmm sedihnya..Kenapa la hati nie cepat sangat dicuri dan cepat sangat disakiti...Kepada Si Dia yang mencurinya pulangkan kembali..aku tak rela terus begini..kuikuikuikui...bermadah la pulak...tak payah la nak bermadah sangat..tak payah nak sedih sangat la okey...perkara yang dah berlalu yang dah lepas lupakan jelah..tak perlu dikenangkan lagi..buat sakit hati jew..merono den..hahaha..Tapi kadang tuh ia datang dan membuatkan rasa teringat balik semuanya..haishh...rasa sakit jew hati nie..kenapa lah jadi cam gini...terok betoi la..hahaha...sapa terok???kau la..kau yang pencuri tu..sapa pencuri???kau la..haaa kau yang berbaju biru..haha..gurau jew nak sedapkan hati..heheheh...kadang2 kita kena gak happy kan diri..dah tak de owang nak happy kan..alolololo sedihnya ayat..haishhh...Tringat waktu sedih,susah,patah smgat dia ada menemani kita..dia sanggup buat apa saja janji dia nak tengok kita happy..dia buat seolah2 aku nie cam budak2 yang boleh dilayan telatah bagai semua tu la..tapi sekarang semua tu dah hilang..mungkin dia sebok dengan assgmnt2 dia..tapi aku tak rasa itu..tak kan la tak ada sedikit masa sedangkan keluar dengan member2 tu boley jew,,.isshhh apa ny...sudah2..biar la dia nak kua ngan sapa pown..haahaha..tapi terasa hati la jugak kan..dulu dia beria curik hati ku..tapi bila aku mungkin..MUNGKIN ek..hahaha..bila aku da terima dia dan cuba lupakan masa lalu..dia berlalu tanpa kata..haiii...begini lah nasib diriku yang malang...kenapa la kau muncul???dan kenapa lah kau berlalu begitu sahaja..tak pelah..mungkin memang begini jalan ceritanya..eh cam nak karang cerpen pulak..heehehehe..pape pown mungkin aku terpaksa lupakan kau..no hp mu telah ku dlete..dan aku mohon kau tak muncul lagi dalam hidup ku..nak undfrnd kat fb x sampai hati pulak..haish...apa la yang sedang berlaku ny...Tuhan tolong nyatakan lah...Andai begini kesudahannya...aku pasrah dan redha..xpelah...mungkin usia masih muda lagi nak fikirkan semua itu...pape pown thanks sebab pernah jadi peneman hidup ku ini walaupun ianya hanya seketika...happy sangat2..semoga kau berjaya dalam apa jua yang diimpikan..thanks a lot..thanks very much..

Friday, 22 June 2012

MatRik KaD HiLaNg???ArrgggGGhhhhHHH

14.06.2012, jam 12.05 pm...Mula la perjalanan pulang dari kuliah kat FSPU utama tingkat 3.. Dalam perjalan nak balik kolej tu memang tak sedar langsung kad matrik da tercicir.. Memang gila la..sampai2 Dewan Makan baru la tersedar..Gila la nak patah balik carik kad metrik tu.. Nak mendaki lagi..wahhhh memang terbaik la..Apa pown terpaksa la..Nasib baik la Ana nak temankan...btw thanks sangat2 kat Ana sanggup teman g cari kad 2 pas 2 pergi Unit Keselamatan lg... Menitis air mata sepanjang perjalanan...Haaaa memang x jumpa dah la... Pergi Pejabat Fakulti memang xde orang serahkan..Terpaksala pergi wat rport kat Unit Keselamatan..Berdepan dengan Polis Bantuan..Da la ramai orang..Nak kena tunggu giler lama la..fuuhhhhhh...memang mencabar kesabaran la...Dah wat rport sah hanya empat hari..Khmis,jumaat,sabtu n ahad..so ary isnin 2 kena wat baru la..Had0ooii...RM 30.00...SAMAN... Daftar elktrik RM 20.00..dlam masa sehar melayang RM 50.00...hahaha...aq memang suka kasi duit kat owang...Setle la wat kad metrik baru..Muka baru...hahaha...Terbaik...Pas 2 hari khamis 2..haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sudah cukup sudah...terpampang muka kat notis board..padan muka..hahahah.. "Sesiapa yang tertinggal kad metrik sila ambil di Pejabat Kolej Pasir Salak"...Giler malu la...btw thanks kepada adeq junior yang prihatin pulangkan kad metrik 2..Thanks sangat2...n sempat tinggalkan no f0n lagi 2...hehehehe...Pandai dy ek..Thanks sangat2...so skunk ny dah ada 2 kad mertik...hahaha...ha pas ny hilangkan la lagi..mana taw dapat senior pulok..hahaha..eeehhhh..

Saturday, 16 June 2012

Cinta???


Kalau bercinta ,
jangan berkepit macam belangkas ,
hantar surat berbelas-belas ,
SMS berbalas-balas ,
masa dating sebelah tandas ,
berpeluk-peluk dalam bas ,
asyik menjeling dalam kelas ,
minum air perghh kongsi segelas .

Bila ada konflik ,
haa mula la nak frust ,
nak tunai solat pun malas ,
tak dapat tumpu study dalam kelas ,
waktu result nak keluar tahu pulak cemas ,
takut .. exam tak pass ,
tup2 awek sendiri kena kebas ,
kesian .. melepas .

So ,
jadilah couple yang ada class ,
berdating ikut lunas ,
bergaul ada batas ,
jaga maruah dengan tegas ,
syariah dijaga dengan jelas ,
tutur kata sentiasa beralas ,
kalaulah cinta yang dihulur ikhlas ,
janganlah bimbang ,
cintamu pasti berbalas .

cinta bukan pada c0uple..
cinta bukan pada I U..
cinta tidak terletak pada I MISS U..
itu semuanya cinta nafsu..
cinta suci itu akan terucap saat lafaz ijab qabul dilafazkan..
ketika itulah tujuan cinta menjadi kerana Allah..
satukanlah cinta kerana Allah  

Siswa Parah Dirempuh.



SIMPANG PULAI - Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar parah apabila kereta jenis Perodua Viva yang  dipandunya dirempuh sebuah kereta jenis Toyota Avanza di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.28 pagi itu, Mohd Imran Hanafi, 19, patah paha kanan dan tulang rusuk, manakala pemandu Toyota Avanza, Teong Chay Lin, 22, turut cedera dan kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.

Pada masa sama, empat rakan mangsa yang turut berada dalam kereta jenis Perodua Viva tersebut hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila Toyota Avanza yang dipandu seorang wanita secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan.

“Dipercayai Avanza berkenaan dari arah Simpang Pulai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya, namun gagal lalu merempuh Perodua Viva menyebabkan kedua-dua kenderaan remuk di bahagian hadapan.

“Kedua-dua mereka masih mendapatkan rawatan di HRPB dan siasatan lanjut diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat simpang Pulai, Mohd Yusof Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.28 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.

“Sebaik sahaja tiba, kami dapati mangsa tersepit di bahagian pemandu dan anggota kita terpaksa menggunakan ‘spreader’ bagi mengeluarkan mangsa yang mengambil masa kira-kira 20 minit,” katanya.

Wednesday, 6 June 2012

Kemana Kau Menghilangkan Dirimu


mengapa
kau melarikan diri mu
kurasa sayu kuingin kau disamping ku
seperti waktu dahulu

kemana kau menghilangkan dirimu
ku rasa rindu
ku mencarimu
disinggah sana

dan aku
hilang tempat bermanja
kau pula
bersuka ria

kemana kau menghilangkan diri
ku yang mencari
manakah janji dan sumpah setiamu
yang kau berikan padaku

apakah kesalahanku padamu
dan juga tingkahlaku ku itu
sehingga kau menghilangkan diri mu
dan aku kehilangan mu

dan aku
hilang tempat bermanja
kau pula
bersuka ria

kemana kau menghilangkan diri
ku yang mencari
manakah janji dan sumpah setiamu
yang kau berikan kepadaku

apakah kesalahanku padamu
dan juga tingkahlaku ku itu
sehingga kau menghilangkan diri mu
dan aku kehilangan mu

tolonglah kembali ke pangkuanku
kuingin bersama mu
seperti waktu dahulu
kita berdua gembira

Hatiku Menangis..

Ya Allah...Sungguh berat ujian yang kau berikan pada hambamu ini...Apa dosaku Ya Allah...Aq x mampu lagi menahan perasaan ku ini...Aq x mampu lagi menipu diriku ini...Aq x mampu lagi menahan kesakitan ini...Ya Allah..kau bantulah hamba Mu ini...Aq tidak mampu terus begini tanpanya..Aminnnnn...=(

Monday, 4 June 2012

Kau Yang Melumpuhkan Cintaku


Kau Yang Melumpuhkan Cintaku…
Dengar Kan Lah Rintihan Ku Ini…
Aku Tidak Mampu Untuk Menanggungnya Lagi…
Kau Tidak Tahu Rasa Nya Hati Ku Saat Berhadapan Semua Ini…

Menitis Air Mata Ku Mengenangkan Apa Yang Kau Lakukan…
Terdiam Aku Dan Hanya Bisa Aku Berdiam…

Kau Yang Melumpuhkan Cintaku…
Cukuplah Siksaan Yang Kau Berikan Kerana Aku Terlanjur Mencintai Mu…
Berlimpahan Kasih Sayang Aku Curahkan Untuk Mu…
Semua Itu Tak Memadai Bagi Mu…
Apa Dosa Ku Kau Buat Aku Begini…

Terasa Diri Ku Dipersenda…
Aku Hanya Inginkan Kejujuran Mu..
Tidak Lebih Dari Itu…


Kau Yang Melumpuhkan Cintaku…
Setelah Sekian Lama Aku Mencintai Mu,
Kau Membalas Duri Yang Bertaburan…
Pilu Hati Ku..Tersiksa Batin Tersiksa…
Bersama Air Mata Aku Mengingati Mu…
Adakah Kau Merasa Begitu???

Kau Yang Melumpuhkan Cintaku…
Sepi Ku Rasa…
Tak Mungkin dapat Ku Lupa Kan Segala Kenangan Kita…
Walaupun kau Sakiti Hati Ku…
Hatiku Tetap Menyayangimu…
Fikiran Ku Tetap Memikirkan Mu…
Bibikan Tetep Menyebut nama Mu…

Kau Yang Melumpuhkan Cintaku…
Salah Kah Aku Kerana Mencintai Mu??
Apakah Dosa Ku Sehingga Kau Lakukan Begini pada Ku…
Aku Tak Tahu Mengapa Kau Yang Aku Rindu…
Aku Juga Tidak Tahu Mengapa Kau Yang Aku Cintai…
Tidak Mampu Untuk Aku Menipu Diri Ini Lagi..

Sunday, 3 June 2012

Maafkan Aku..=(



Izinkan ku untuk meluah rasa..Maafkan ku andai kau terasa..Cintaku hanyut di lautan sepi…Kenapa sehingga hari ini  aq x boleh lupakan kau… Aku masih cintakan kau lagi.. Kenapa???? Sedangkan kau sering kali sakiti hati aq.. Tapi kenapa kau yang bermain difikiranku?? Kenapa??? Susah sangat untuk aq lupakanmu.. Sedih bila kau buat aq begini.. Kenapa dulu kau member layanan yang baik padaku dan sekarang kau berubah segalanya..Adakah kau hanya berpura-purra??? Apa la salah aq??? kau mainkan cinta aq, perasaan aq.. Apa smua ny?? Apa niat kau sebenarnya??? dan kenapa aq buta mencintaimu… Sedangkan kau sedikit pun tidak pernah mencintaiku… Kenapa dari dulu x kau berkata begitu???? Mestikah kau mainkan perasaan ku… Apa dosa ku??? Apakah salahku??? Salahkah aku kerana mencintaimu?? Kalau benar hatimu sudah tertutup buatku, kenapa tidak dari dulu??? Kenapa kau biar aku terlanjur mencintaimu dan selepas itu kau pergi tinggalkan aku?? Kenapa?? Walaupun hatiku memarahi mu, perasaan ku tidak pernah menipu bahawa aku masih mencintaimu dan menyayangimu… Tapi kenpa siksaan ini yang kau berikan padaku…?? Kenapa dulu kita saling mngenali??? Kenapa kau muncul dalam hidupku ??? Kenapa kau tega buat aq begini?? Kau menyiksa diriku,… Kau mempermainkan hatiku.. Kau guris hatiku.. Kau mencampakkan cintaku jauh ke lautan.. Sehingga kau membiarkan aq terkapai-kapai mencarinya kembali… Mungkin ini memang jalan takdirnya… Harapanku agar kau bhgia dalam hidupmu.. Biarlah hidupku menderita di sini.. Aku masih lagi menantikan mu..  Dan izinkan aq untuk mencintaimu sekadar di dalam hati.. Meskinpun ia terlalu perit bagiku menerimanya…  Jujur aq katakan aq masih mencintaimu lagi.. Hari demi hari ku lalui tanpa mu… Hatiku remuk dengan pemergianmu meninggalkan ku… Kau tega lakukan semua itu.. Mungkin aq tidak sempurna untukmu…  Mungkin aq hanya gagak di rimba, mana mungkin terbang bersama merak kayangan… Aq tidak mempunyai apa2 yang hanya ada rasa ini.. Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup ini, walaupun hanya seketika…  Aq sentiasa gembira mengenangkan detik-detik itu walaupun terkadang aq terkecil hati dengan apa yang kau lakukan… Maafkan ku andai selama kita kenal aq terguris hatimu… Aq doakan kau gembira di dunia mahupun di akhirat kelak..